Wednesday, July 14, 2010

JELASKAN FAKTOR-FAKTOR TERCETUSNYA PEMBERONTAKAN DAHAGI DI INDIA PADA TAHUN 1857 DAN PEMBERONTAKAN BOXER DI CHINA PADA TAHUN 1900

A. Pendahuluan

Pada tahun 1857 satu pemberontakan terbesar menentang pemerintahan British telah berlaku di India. Pemberontakan ini dikenali seba(yai Dahagi India dan merupakan pemberontakan tentera atau sepoi menentang pemerintahan di India. Pemberontakan ini merupakan permulaan tindak balas masyarakat India membebaskan neQara daripada cengkaman pentadbiran British. Manakala pemerontakan Boxer pula merupakan satu tindak balas orang Cina secara militan terhadap tekanan kuasa-kuasa asing terutama menyelamatkan negara China daripada pencerobohan asing, walaupun tujuan asal untuk menentang Dinasti Manchu.

B. Isi

i. Sebab-Sebab Tercetus Pemberontakan Dahagi di India 1857

1. Dasar pengilhakan Lord Dalhousie

- Proses penaklukan dan Undang:undang Lesap Waris yang dijalankan telah menyinggung perasaan orang India, khasnya pemerintah wilayah-wilayah. Lord Dalhousie telah mengilhakkan wilayah-wilayah di India tanpa mempertimbangkan perasaan orang India.
Juga telah mencabar kedaulatan pemerintah tempatan seperti Nawab dan Camatic dan Raja Tanjore. Tindakan Dalhousie menarik balik pembayaran• pencen Nana Sahib, anak angkat Baji Rao selepas kemangkatan beliau menyebabkan Nana Sahib begitu benci terhadap pihak British sehingga beliau sendiri memberi sokongan kepada Dahagi India.

2. Pentadbiran tidak stabil

- Inggeris menggantikan sistem pentadbiran lama dengan pentadbiran baru yang menyebabkan kesukaran masyarakat India menerima pentadbiran yang berlainan dengan sistem yang telah mereka alami sejak turun temurun.
-Perubahan dalam pentadbiran tanah tidak disukai oleh penduduk India. Suruhanjaya Inam yang dibentuk untuk menakaji pajakan tanah tanpa sewa telah menyebabkan Inggeris merampas 20,000 estet di Deccan. Perubahan dalam pentadbiran hasil tanah telah menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada para pemilik dan penyewa tanah.
-Di wilayah Oudh, Inggeris telah menghentikan bayaran kepada raja dan elaun serta pencen kepada pegawai-pegawai. Tentera raja dibubar mengakibatkan mereka kehilangan punca pencarian. Sikap angkuh pegawai -pegawai British dan sukar ditemui menyebabkan rakyat membenci British. -Pengenalan Undang-Undang British yang dianggap asing dan tidak difahami oleh rakyat serta Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kehakiman telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk India.
-Inggeris juga tidak memberi jawatan penting (tinggi) dalam perkhidmatan awam dan tentera kepada orang India. Oranb orang India tidak diberi apa-apa hak politik, menyebabkan semua lapisan masyarakat India menentang British.

3. Faktor Ekonomi

- Penindasan di dalam bidang perdagangan telah berlaku di Benggal sejak ia mula beroperasi. Perdagangan telah lama diinajukan tetapi sektor perkilangan India telah dimusnahkan dengan mengenakan cukai tarif yang tinggi di England bagi barang-barang India. Ini menyebabkan eksport kapas dan sutera India ke England terhenti tetapi pasaran India pula telah dibanjiri dengan barangan Inggeris. Ini menyebabkan industri perkilangan India lumpuh. -Industri-industri lain juga mengalami nasib yang sama, contohnya industri melebur besi lumpuh kerana pengimportan besi dan besi waja. Industri desa, iaitu penggabungan pertanian dan industri desa turut musnah. Keadaan ini menyebabkan pekerja-pekerja terlibat terpaksa menukar pekerjaan ke sektor pertanian.

-India beransur-ansur bertukar menjadi jajahan pertanian untuk kapitalisme Inggeris. Ini bermakna India membekalkan bahan-bahan mentah untuk pengilangan England dan rnembeli barangan siap buatan British.
4. Faktor sosial dan agama

Lord William Bentinck telah menghapuskan beberapa adat resam orang India seperti Suttee, Thugee, dan pembunuhan bayi perempuan..:Lord Dalhousie juga meluluskan undang-undang membenarkan balu-balu I-Iindu berkahwin semula.-Penghapusan amalan sosial ini menyinggung perasaan orang India lalu membangkitkan kebencian mereka. Orang India belum bersedia menerima pembaharuan Barat yang dianggap radikal itu. Mereka masih taat dan berpegang teguh kepada tradisi dan adat resam yang telah berakar umbi di, India itu. Bagi orang India, amalan tersebut merupakan warisan turun-temurun mereka

5. Ketidakpuasan hati golongan Sepoi.

Tentera Benggala yang terlibat dalam Dahagi berasal dan kaum Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi. Golongan ini tidak suka melakukan kerja berat dan berkhidmat di luar India.
-Perasaan tidak puas hati bertambah apabila Lord Canning meluluskan Akta Pengambilan Tentera Am Melalui akta ini seseorang sepoi boleh dihantar berkhidmat di mana-mana sahaja perkhidmatan mereka diperlukan. Apabila dihantar berkhidmat di kawasan jauh sepoi-sepoi ini tidak diberi elaun yang lebih. Sepoi-sepoi ini bimbang bahawa kedudukan dan kasta mereka tercemar jika mereka bekerja di luar India.
-Sepoi-sepoi ini juga tidak puas hati dengan dasar diskriminasi di antara mereka dan tentera British. Mereka diberi layanan buruk dan gaji lebih rendah Kenaikan pangkat dalam tentera adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya keupayaan dan kebolehan seseorang calon. Tambahan pula disiplin kurang memuaskan
-Pengenalan senapang Rifle Enfield menyemarakkan lagi kemarahan dan kebencian sepoi-sepoi. Hujung peluru senapang telah disapu dengan rninyak lembu dan babi. Sepoi Hindu dan Muslim menganggap tindakan ini satu muslihat British menentang kebudayaan mereka dan sebagai satu langkah mengkristiankan mereka.
-Penglibatan British dalam Perang Crimea memberi keyakinan kepada sepoi-sepoi bahawa mereka dapat mengusir orang British dari tanah air mereka dengan mudah


ii. Faktor-faktor Tercetus Pemberontakan Boxer di China 1900

1. Sentimen Anti-Asing

a. Tidak puas hati penduduk kerana sikap bongkak dan tamak orang-orang Barat.
b. Syarat-syarat Perjanjian Nanking dan Tientsin lebih memihak kepada kuasa Barat dan satu penghinaan terhadap orang China.
c. Sentimen memuncak apabila kuasa-kuasa Barat mendapat konsesi di China. Penduduk bimbang China akan dibahagi-bahagikan dalam kalangan kuasa Barat. Contoh Rusia mendapatkan wilayah
Sinkiang, Jerman mendapatkan wilayah Tsingtao, Perancis mendapat Teluk Kwang Chow dan Britain mendapat pelabuhan Wei Hai Wei.

2. Sokongan Kerajaan Manchu
a. Mendapat sokongan petani dan tuan-tuan tanah serta sarjana serta pembesar istana, contoh Maharani Dowegar Tzu Hsi, Putera Chuang, Putera Kang-I dan Gabenor Shangtung iaitu Li Peng Heng.
b. Pegawai-pegawai Manchu disingkirkan dari jawatan penting kerana tempat mereka digantikan dengan golongan terpelajar.
c. Maharani Dowager mengarahkari golongan tentera membantu pemberontakan Boxer.

3. Sentimen Anti-Kristian

a. Melalui Perjanjian Whangpao yang ditandatangani dengan Perancis dan Konvensyen Peking menyebabkan agama Kristian mendapat keistimewaan di China.
b. Agama Kristian bertentangan dengan falsafah tradisional China seperti Confucius, Budhisme dan Taoisme.
c. Orang-orang China Kristian sering bersikap sombong dan menyifatkan diri mereka lebih tinggi darjatnya daripada masyarakat China asal. ,
d. Kemarahan memuncak apabila golongan paderi campur tangan dalam pertikaian yang melibatkan orang-orang China Kristian.
e. Ini Uianggap keterlaluan kerana mencabar undang-undang dan kehakiman China.

4. Kemerosotart Ekonomi

a. Kedatangan kuasa Barat menyebabkan kemelesetan ekonomi yang serius. Perjanjian Nanking menyebabkan Barat menguasai pasaran kerana harga barang lebih murah dan berkualiti. b. Negara China menghadapi ketidakseimbangan perdagangan. China terpaksa bayar -anti rugi perang, ini menyebabkan masalah semakin kritikal. China juga terpaksa meminjam wang dari luar dan menggalakkan kemasukan pelabur asing. Walaupun ekonomi maju tetapi pasaran dikuasai penuh oleh orang-orang asing.
c. Pengenalan sistern pengangkutan moden seperti jalan keretapi dari Peking ke Hankow, jalan raya Grand Canal menghubungkan utara dan selatan dan pengenalan kapal wap telah menjejaskan pendapatan penduduk tempatan yang mengendalikan pengangkutan tradisional seperti kereta lembu, kereta kuda, tongkang dan sampan.

5. Bencana Alam

a. Bencana alam seperti kemarau dan banjir, menambah bebanan kepada rakyat. Contoh banjir sekitar Sungai Hwang Ho dan Sungai Yang-Tze. Menyebabkan kemusnahan kampung, tanaman dan binatang ternakan.
b. Sebahagian besar penduduk China mengalami kebuluran, kesengsaraan dan kemusnahan harta benda. Penderitaan ini meningkatkan kejadian rompakan ole}i kongsi-kongsi gelap. c. Penduduk C'iina menyalahkan semua ini kepada kehadiran kuasa Barat kerana berlaku kemusnahan tersebut. Menurut kepercayaan kuno China, bencana alam yang berlaku kerana kutukan Tuhan, disebabkan tempat kediaman mereka diceroboh oleh kuasa-kuasa Barat. Mereka juga percaya bahawa perlombongan dan pembinaan jalan telah menyinggung perasaan dewa dewi kerana telah menjejaskan keseimbangan Yin dan Yang. Untuk mengelakkan kejadian berulang, orang-orang asing perlu dihapuskan.


C. Kesimpulan

Gerakan Dahagi di India menemui kegagalan. Tetapi telah meninggalkan kesan mendalam terhadap pentadbiran British di India seterusnya. Begitu juga pemerontakan Boxer menemui kegagalan
disebabk;an oleh beberapa faktor dalaman di samping menerima tekanan kuasa asing yang cukup hebat.

4 comments:

  1. kesan pemberontakan boxer di China?

    ReplyDelete
  2. Faktor dan kesan perang Jawa.

    ReplyDelete
  3. terima kasih cikgu kerna membantu

    ReplyDelete
  4. cikgu tolong hantar kesan pemberontakan boxer di china

    ReplyDelete