Thursday, December 1, 2011

PENTING STPM SEJARAH 940/2 2011

Salam buat semua...
Kalau ada masa cari jawapan pada soalan-soalan ni...

1. Pengaruh Islam di T. Melayu
2. Peranan intitusi penghulu di Perak mengalami perubahan selepas campur tangan British pada 1874. Bincangkan pernyataan ini
3. Bincangkan pentadbiran SBBU di Sabah sebelum perang kedua
4. Gagasan Malaysia
5. Vietnam dan Indosia (Pendidikan dan Pendudukan Barat)
6. Susun lapis China dan Jepun

selamat mencari dan menempu peperiksaaan STPM 2011, semoga berjaya...AMIN

Monday, August 1, 2011

“Sebelum Campur tangan British di negeri2 Melayu, golongan pembesar Melayu mempunyai kuasa politik,ekonomi dan sosial dalam pemerintahan” Bincangkan.

Golongan pembesar merujuk kepada sekumpulan pentadbir kerajaan. Pembesar mempunyai peranan dan status yang istimewa dalam sistem politik masyarakat Melayu. Jawatan pembesar merupakan jawatan lantikan daripada sultan. Pembesar akan menjadi pentadbir di setiap daerah atau wilayah. Pembesar akan bertindak sebagai tulang belakang yang menggerakkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu. Golongan pembesar bukan terdiri daripada kerabat diraja. Mereka memperoleh hak memerintah di sesebuah daerah melalui tauliah daripada sultan. Mereka juga mendapat cop mohor daripada sultan dan memegang jawatan pembesar seumur hidup. Apabila meninggal dunia, jawatan tersebut akan diambil alih oleh anak lelakinya.

Dalam aspek politik, golongan pembesar Melayu merupakan orang kanan raja atau sultan bagi setiap negeri Melayu. Sultan akan melantik pembesar untuk menjalankan tugas pentadbiran. Golongan pembesar menduduki hierarki kedua dalam struktur pentadbiran negeri Melayu. Lazimnya terdapat jawatan pembesar yang dikenali sebagai pembesar empat lipatan. Pembesar akan menjalankan tugasnya sebagai pentadbir kerajaan. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan pembesar akan menjadi penasihat kepada raja dalam hal pemerintahan negeri.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa golongan pembesar memainkan peranan yang sangat penting dalam urusan kehakiman dan undang-undang negeri. Pembesar mempunyai tugas untuk menasihati sultan berkaitan dengan penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan jenayah dan sivil. Pada peringkat daerah, pembesar bertanggungjawab menjadi hakim. Malahan golongan pembesar akan terlibat secara langsung dalam penggubalan undang-undang negeri. Golongan pembesar Melayu akan diberikan daerah pentadbiran masing-masing. Tanggungjawab seorang pembesar sangat besar terhadap daerah jajahannya. Mereka bukan sahaja memberikan laporan kepada sultan tentang daerah masing-masing tetapi juga akan menjaga keamanan, kesejahteraan dan kebajikan semua penduduk dalam daerah jajahannya. Pembesar akan melaporkan kepada sultan berkaitan dengan semua perkara yang berlaku di daerah jajahannya. Malahan segala amanat daripada sultan akan disimpaikan oleh pembesar kepada anak-anak buahnya dalam daerah jajahannya.
Di samping itu, golongan pembesar juga mempunyai peranan penting dalam hal ehwal istana, terutama yang berkaitan dengan keagamaan dan adat istiadat diraja. Golongan pembesar biasanya akan mengetuai upacara-upacara adat istiadat istana dan diraja.
Golongan pembesar mempunyai peranan penting dalam bidang ekonomi sebagai pemungut cukai bagi pihak sultan. Pembesar daerah akan memastikan bahawa semua rakyat dalam daerah kekuasaannya akan membayar cukai kepada sultan. Pembesar memungut cukai kerajaan atas kuasa yang diberikan oleh sultan kepadanya. Contohnya di negeri Perak, pembesar menggunakan kebijaksanaannya untuk memungut cukai di daerah Kinta. Cukai terhadap barangan yang dibawa melalui Kuala Kinta ditetapkan sebanyak $1.00 bagi setiap pikul, $12.50 sen bagi setiap pikul kulit haiwan dan $4.00 untuk setiap bahara bijih timah. Setiap tahun, pembesar akan menghantar "Orang Kalur" untuk melawat kampung bagi mengutip cukai sebanyak $0.50 sen per keluarga sebagai tanda kekuasaan bendahara.

Golongan pembesar juga terlibat dalam menjalankan aktiviti perdagangan, terutama yang melibatkan urusan-urusan kerajaan. Terdapat pembesar yang akan mengendalikan urusan perdagangan, khususnya di pelabuhan-pelabuhan. Antara pembesar yang bertanggungjawab menjaga aktiviti perdagangan ialah syahbandar. Di samping mengutip cukai daripada pedagang luar, syahbandar bertanggungjawab memastikan kegiatan perdagangan berjalan dengan baik. Selain itu, syahbandar juga berperanan memastikan segala kemudahan di kawasan perniagaan dan pelabuhan sentiasa sempurna seperti gudang dan sebagainya.

Secara tidak langsung golongan pembesar akan bertanggungjawab dalam perancangan ekonomi negeri. Memandangkam pada masa tersebut kegiatan ekonomi bergantung sepenuhnya pada bidang pertanian, maka pembesar akan memastikan kegiatan tersebut berjalan dengan baik. Hal ini berkait rapat dengan hasil ekonomi yang akan diperoleh kerajaan.

Di samping itu, golongan pembesar akan terlihat dengan urusan-urusan yang berkaitan dengan sistem timbang-sukat dan mata wang. Golongan pembesar akan memastikan semua sistem timbang sukat yang sah sentiasa diguna pakai dalam semua urusan perdagangan. Malahan penggunaan mata wang di setiap negeri dalam urusan perdagangan akan sentiasa dipantau oleh pembesar-pembesar yang dilantik oleh sultan.

Dalam aspek sosial, golongan pembesar Melayu merupakan penghubung antara sultan dengan rakyat jelata. Golongan pembesar juga akan sentiasa memastikan bahawa rakyat akan menjunjung duli ke atas sultan atau raja yang memerintah negeri. Pembesar akan sentiasa mendapat amanat daripada sultan untuk disampaikan kepada rakyat jelata. Malahan rakyat menganggap pembesar sebagai tempat untuk mengadu masalah yang dihadapi oleh mereka supaya mendapat bantuan dan perkenan daripada sultan.
Pembesar juga bertanggungjawab membekalkan tenaga buruh dan tentera kepada sultan dalam sistem kerahan tenaga. Dalam masyarakat Melayu tradisional, amalan menghambakan diri kepada sultan merupakan sesuatu yang dituntut. Pembesar berhak untuk memanggil rakyat jelata supaya berkhidmat kepada sultan pada bila-bila masa apabila diperlukan. Antara aktiviti sering kali digunakan oleh golongan pembesar ialah ketika membina istana, masjid atau perayaan yang diadakan di istana.

Kesimpulannya, golongan pembesar Melayu mempunyai kedudukan yang islimewa dalani sistem pemerintahan Negeri-negeri Melayu. Golongan pembesar merUpakan "orang paling selepas sultan atau raja dan memainkan peranan yang sangat penting. Dalam aspek politik, golongan pembesar merupakan pelaksana semua dasar dan arahan daripada sultan. Malahan golongan pembesar sentiasa menjadi orang, kepercayaan sultan dalam pemerintahan negeri. Campur tangan British pada tahun 1874 dan pengenalan sistem Residen telah menjejaskan kedudukan pembesar-pembesar Melayu dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

Saturday, July 30, 2011

Huraikan perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan beraja dan pembesar Melayu di Perak dari tahun 1874 hingga 1909

Pengenalan
- Pemerintahan bercorak sistem beraja dan pembesar diamalkan di negeri-negeri Melayu
- Raja dan pembesar memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial
- Campur tangan British telah membawa perubahan dalam sistem pemerintahan beraja dan pembesar Melayu

Isi
1. Perubahan sistem pemerintahan beraja di Perak
(a) Perebutan takhta
- berlaku antara Raja Ismail dan Raja Abdullah
- Sistem giliran yang diamalkan sebelum ini tidak lagi dipraktikan

(b) Campur tangan British
- Mengancam kuasa raja
- ambil kesempatan menjadi orang tengah bagi menyelesaikan perebutan takhta - akibatnya sistem Residen diperkenalkan
- Raja Abdullah kehilangan kuasa kerana diambil alih oleh Residen British Raja cuma berkuasa dalam agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja Raja-raja Melayu tidak mempunyai hak bersuara dalam urusan pentadbiran

(c) Pembentukan Persekutuan 1896
- Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral
- Pemusatan kuasa pentadbiran di Kuala Lumpur menyebabkan Majlis Mesyuarat Negeri turut kehilangan fungsinya
- Majlis Mesyuarat Negeri hanya meluluskan keputusan dan sultan dikehendaki menandatangani sahaja
- 1903, Sultan Idris telah membuat bantahan terhadap pemusatan kuasa Residen Jeneral dalam Durbar kedua di Kuala Lumpur (d) Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
- Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) 1909 ditubuhkan untuk mengurangkan kuasa Residen Jeneral dan berusaha mengembalikan kuasa serta mengembalikan kuasa pentadbiran kepada sultan-sultan
- Pembentukan MMP ini telah mengurangkan lagi kuasa sultan.

2. Perubahan peranan pembesar di Perak
- Pengenalan sistem Residen (1874) telah mengubah peranan dan kedudukan pembesar berbanding peranan sebelumnya
- Menurut sistem Residen pembesar-pembesar Melayu hanya mengekalkan kedudukan
- Setelah majlis Negeri dibentuk pada tahun 1877, Residen telah menggantikan peranan pembesar-pembesar sebagai Penasihat Sultan dan pembesar cuma sebagai ahli rasmi Tugas-tugas lain seperti mengawal keamanan, keadilan dan keselamatan yang dilakukan oleh laksamana dan Temenggung telah diambil oleh pegawai-pegawai Inggeris yang berada di bawah tanggungjawab Residen.
- Pembesar-pembesar juga tidak berkuasa dalam undang-undang yang diambil alih oleh pasukan polis
- Kedudukan bendahara sebagai ketua hakim dan penghulu bendahari sebagai pemungut cukai telah diganti oleh pegawai-pegawai British (Pemungut Hasil dan Majistret) Kedudukan dan peranan pembesar turut berubah dari segi ekonomi
- Pelantikan J.W.W Birch sebagai Residen di Perak telah mengubah corak penrtadbiran di Perak
Birch melarang pembesar-pembesar Perak memungut cukai
Pembesar tidak dibayar ganti rugi atas kehilangan hak memungut cukai
- Apabila Hugh Low menjadi Residen Perak beliau melaksanakan sistem pungutan cukai
tanpa menyinggung perasaan Pembesar Melayu.
- Pembesar dibayar ganti rugi atas kehilangan sumber pendapatan
- Mereka dilantik sebagai pemungut cukai kerajaan
- Walaupun memegang jawatan tersebut tetapi tidak berkuasa seperti dahulu.

Kesimpulan
- Berlaku perubahan-perubahan dalam sistem pemerintahan beraja dan pembesar Melayu Perak dari tahun 1874-1909
- Pengenalan pentadbiran baru oleh British menimbul perasaan tidak puas hati di kalangan raja dan pembesar Melayu
Raja dan pembesar Melayu kehilangan kuasa dari segi politik, ekonomi, dan sosial
- Raja dan pembesar Melayu kembali berkuasa setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957

Wednesday, July 27, 2011

Jelaskan Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Perkembangan Sistem Ekonomi Komersial di Myanmar Dan Indonesia Pada Abad Ke-19.

Meskipun sistem ekonomi sara diri merupakan amalan ekonomi utama di negara-negara Asia Tenggara sebelum kedatangan orang Eropah,namun tidak bermakna mereka belum pernah menjalankan ekonomi bercorak komersial.Umumnya,masyarakat Asia Tenggara telah pun bergiat aktif dalam aktiviti ekonomi komersial yang lebih bersifat tradisional.Aktiviti ini adalah berlandaskan kepada perdagangan yang melibatkan kawasan persekitaran dan juga kawasan luar.Didorong oleh kedudukan geografi Asia Tenggara yang dianggap strategik iaitu terletak di tengah-tengah perjalanan antara Timur dan Barat telah memudahkan hubungan perdagangan dilakukan.Pada awalnya,hubungan dagangan dilakukan dengan kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara sahaja,kemudiannya berkembang dan melibatkan negara luar seperti China,India dan negara-negara Arab.Perdagangan tradisional dilakukan secara sistem barter atau pertukaran barangan,seterusnya melibatkan penggunaan mata wang sebagai media pertukaran utama.
Ekonomi komersial ialah kegiatan ekonomi yang dilakukan bukan sekadar mencukupi keperluan kehidupan sekeluarga sahaja.Kegiatan ini memerlukan lebihan hasil sebagai asas pertukaran atau penjualan barangan.Sistem ekonomi komersial berkaitan dengan aktiviti jual beli barangan bagi memenuhi keperluan hidup masing-masing.Sebelum kedatangan kuasa barat,kegiatan ekonomi perdagangan telah membawa kepada wujudnya kerajaan-kerajaan penting di Asia Tenggara.Sebagai contoh ialah kerajaan Angkor,Annam,Dvaravati,Melaka,Acheh,Majapahit,Srivijaya,Sulu,Patani dan sebagainya.Kemasyhuran kerajaan-karajaan tersebut bergantung sepenuhnya terhadap kemajuan ekonomi komersial yang dijalankan.Di Indonesia,terdapat beberapa kerajaan penting yang lebih terkenal,contohnya kerajaan Majapahit,Srivijaya dan Acheh.Sementara di Myanmar pula wujud kerajaan konbaung.
Walau bagaimanapun,perkembanagn sistem ekonomi komersial pada abad ke-19 ternyata jauh berbeza daripada amalan ekonomi komersial sebelum ini.Sama ada di Indonesia mahupun Myanmar,menjelang abad ke-19,sistem ekonomi negara-negara itu adalah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat yang bertindak sebagai kuasa kolonian dan memonopoli kesemua hasil negara. Di Indonesia,sistem ekonominya di kuasai oleh penjajah Belanda dan di Myanmar di kuasai oleh penjajah Inggeris. Walaubagaimanpun, dasar ekonomi imperialis barat telah mewujudkan sistem ekonomi dual yang menekankan kepada pengeluaran bahan mentah untuk jualan di samping mengekalkan ekonomi tradisi yang berasaskan sara diri. Ternyata pada masa yang sama,hasil-hasil pertanian masih menjadi sumber terpenting dalam sistem ekonomi komersial sama adad di Myanmay mahupun di Indonesia.
Myanmar dan Indonesia telah melalui perkembangan sistem ekonomi komersial yang pesat pada abad ke-19. Perkembangan pesat dalam aktiviti ini sebenarnya didorong oleh beberapa faktor. Langkah awal yang dilakukan oleh kuasa-kuasa barat ialah berusaha untuk menguasai politik di Myanmar dan Indonesia bagi membolehkan mereka menguasai sepenuhnya ekonomi Negara-negara tersebut dan menjananya kearah perkembangan yang lebih pesat.Di Myanmar, pihak berkuasa Inggeris telah berjaya menegakkan kekuasaan mereka melalui tiga siri peperangan yang akhirnya telah menamatkan pemerintahan tempatan di bawah Dinasti Konbaung. Sejak tahun 1886, Inggeris telah berjaya menguasai politik di Myanmar. Keadaan yang sama turut berlaku di Indonesia. Di samping melancarkan serangan,pihak Belanda telah berjaya menguasai seluruh Indonesia melalui helah politik yang di perolehi dengan menandatangani perjanjian dengan pemerintah tempatan yang membawa kepada penyerahan wilayah kepada kekuasaan Belanda. Dengan adanya kuasa politik dalam gengaman mereka,maka lebih mudah bagi kuasa-kuasa barat ini mengeksploitasi ekonomi tempatan.
Kejayaan Inggeris dan Belanda menarik kehadiran pemodal-pemodal asing ke Myanmar dan Indonesia turut menyumbang kepada perkembanagn ekonomi yang pesat di kedua-dua Negara tersebut. Kehadiran pemodal-pemodal Eropah ini bukanlah secara persendirian,akan tetapi dalam bentuk syarikat-syarikat besar yang sangat mementingkan keuntungan. Dengan modal yang besar, mereka mampu menjana sistem pertanian di Myanmar dan Indonesia secara perladangan yang melibatkan keluasan kawasan yang lebih besar. Ketika ini, pemodal asing tidak hanya memberikan perhatian serius kepada hasil-hasil tradisi yang sedia ada di Myanmar dan Indonesia seperti pengeluaran padi dan beras, malah melibatkan tanaman kontang yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi di Eropah seprti tebu, kopi, teh, tembakau ,kapas dan sebagainya. Di Indonesia, sistem ekonomi komersial berkembang dengan pesat selepas pengenalan sistem kultur atau sistem tanaman paksa (1830-1863). Sistem ini mengutamakan tanaman dagangan seperti tebu, lada hitam ,kopi, kina dan nila. Tanaman dagangan baru seperti teh, tembakau dan kapas turut diperkenalkan. Sistem ekonomi komersial di Indonesia semakin maju dibawah perlaksanaan Dasar Liberal 1863 dan Dasar Etika 1900.
Tumpuan telah diberi kepada tanaman eksport untuk pasaran di Eropah seperti getah, kelapa sawit, kelapa dan koko. Kemajuan yang dicapai ini adalah atas bantuan modal asing yang melaburkan wang bagi mengembangkan ekonomi yang ada. Sebagai contoh, Syarikat Deli Maatschappij telah membantu memajukan lading tembakau di Deli, Sumatera.
Selain sektor pertanian, pemodal serta syarikat-syarikat Eropah ini juga turut terlibat dalam sektor perlombongan. Hasil perlombongan telah membantu memesatkan lagi ekonomi di kedua-dua buah negara. Bahan mentah yang menjadi tumpuan utama syarikat-syarikat Eropah ialah perlombongan bijih timah, arang batu, petroleum, gas asli, plumbum, perak dan sebagainya. Sememangnya bahan-bahan ini mendapat harga yang cukup tinggi di pasaran Eropah bagi memenuhi keperluan Revolusi Perindustrian. Di Myanmar, aktiviti mencari gali petroleum dijalankan oleh Syarikat Burmah Oil, British Burma Petroleum dan Burma Shell yang menguasai 98% daripada pengeluaranm petroleum Myanmar. Kawasan pengeluaran petroleum utama di Myanmar ialah di sekitar Chauk dan Yenangyang. Plumbum dan perak dilombong di Lashio oleh Syarikat Burma Corporation. Sementara di Indonesia pula, aktiviti cari gali petroleum dilakukan oleh Syarikat Diraja Belanda pada tahun 1890, Syarikat Minyak Dordrecth pada tahun 1881 dan Syarikat Standart Oil. Syarikat Bijih Timah Belitung pula menjalankan aktiviti melombong bijih timah di Kepulauan Belitong.
Perkembangan ekonomi komersial di Myanmar dan Indonesia turut dipengaruhi oleh perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah. Keperluan terhadap bahan mentah yang tinggi bagi memenuhi permintaan dari kilang-kilang di Eropah memaksa penjajah Inggeris dan Belanda menjadikan Myanmar dan Indonesia sebagai pengeluar bahan mentah yang utama. Myanmar telah mengusahakan tanaman kapas secara meluas bagi memenuhi permintaan kilang-kilang tekstil di Britain, sementara Indonesia mengeluarkan getah bagi membantu memesatkan lagi industri automobile di Netherlands dan lain-lain negara Eropah.
Penggunaan teknologi serta peralatan-peralatn yang lebih moden memesatkan lagi perkembangan ekonomi komersial di Myanmar dan Indonesia. Di Myanmar, penanaman padi dijalankan dua kali setahun dengan bantuan teknologi perairan serta sistem saliran yang moden. Sistem empangan yang dibina merentasi Sungai Irrawaddy membolehkan penanaman padi di Myanmar dijalankan secara intensif dan tidak lagi perlu bergantung kepada air hujan semata-mata. Manakala di Indonesia pula telah berlaku perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dengan bantuan penggunaan baja kimia. Selain iti, teknologi ‘Botanical Garden’ telah menjadikan tanaman kuinin sebagai tanaman utama di Pulau Jawa.
Selain itu, kepesatan ekonomi komersial di kedua-dua buah negara juga turut dikaitkan dengan adanya bekalan tenaga buruh yang banyak dan murah. Di Myanmar telah berlaku kemasukan buruh-buruh India dengan jumlah yang ramai. Mereka memainkan peranan penting dalam pertanian ladang dan sebahagiannya pula bekerja sebagai buruh bagi membina jalan raya dan jalan kereta api di Myanmar. Hal ini kerana, sistem pengangkutan moden turut memesatkan lagi perkembangan ekonomi komersial. Keadaan yang sama turut berlaku di Indonesia. Buruh-buruh China telah dating beramai-ramai terutamanya dari Sumatera dan Pulau Jawa serta melibatkan diri dalam sektor pertanian, perlombongan, dan perdagangan.
Kesimpulannya, perluasan ekonomi komersial telah mengalami perkembangan pesat di bawah penguasaan orang-orang Eropah. Walau bagaimanapun, ekonomi imperialis telah meninggalkan beberapa kesan buruk terhadap ekonomi tradisi. Di Myanmar dan Indonesia, ekonomi tradisi seperti menenun kain, ukiran kayu dan logam telah mengalami kemerosotan.

Huraikan Bagaimana Kuasa-Kuasa Raja Diperkukuhkan Sebagai Kuasa Tertinggi Dalam Sistem Politik Masyarakat Melayu Sebelum Campur Tangan British.

A. PENGENALAN
1.Sistem politik melayu tradisional sebelum kedatangan kuasa berat meletakkan raja/sultan sebagai kuasa tertinggi dalam system pemerintahan.Sultan mempunyai kuasa dalam menentukan aspek politik,ekonomi dan sosial dalam pemerintahan.

2.Sultan dibantu oleh golongan pembesar yangb dilantik terdiri daripada golongan bangsawan atau kerabat diraja.Sultan juga mendapat kesetiaan daripada golongan rakyat atau hamba.

3.Sebelum kedatangan British (1874) raja/sultan di negeri-negeri melayu menpunyai kuasa pemerintahan dengan menggunakan hokum yang bertulis.

ISI;
Pengukuhan Kuasa Raja/Sultan sebagai Kuasa Tertinggi Dalam Sitem politik Melayu.

1. Sebagai Ketua Pentabir.

a. Merupakan ketua di dalam sesebuah negara pemerintahannya.
b. Mempuyai kuasa mutlak dan boleh melantik pembesar dalam membantu pentabiran negeri dan berkuasa mempecat pembesar.
c. Pemusatan kuasa berada di tangan sultan,pembesar hanya berkuasa di wilayah pengeasaanya sahaja dan perlu taat setia kepada raja atau sultan
d. Rajyatb patuh dan setia kepada sultan davn tidak boleh derhaka.
e. Segala arahan sultan yang diperintah dilakukan tanpa bantahan

2.SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM
a. Diangap sebagai ketua agama islam dalam negeri pemerintahanya.
b.Dilambangkan sebagai khalifah di muka bumi
c.Boleh menyelesaikan masalah berkaitan dengan agama islam
d.Dibantu oleh ulamak yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal islam
e.Memastikan peraturan islam dilaksanakan

2. SEBAGAI PELINDUNG ADAT RESAM DAN ADAT ISTIADAT

a.Diangap mempunyai kuasa memelihara adapt resam dan istidat
b.Mempunyai kuasa dalam menentukan jenis hukuman
c.Dapat menerima anugrah atau pemberian daripada rakyat dan pembesar
d.Dikecualikan daripada sebarang hukuman atas pelangaran hukum
4.DIPELUIHARA DENGAN HAK KEISTIMAWAAN
a.Untuk membezakan taraf antara raja dan rakyat biasa
b.Mempunyai pengunaan bahasa khusus seperti tuanku/beta iaitu sebagai bahasa istana(bahasa dalam)
c.Mempunyai tempat khusus seperti istana
d.Mempunyai cop mohor atas nama baginda dan negeri. Ditulis dalam tulisan jawi
e.Mempunyai alat kebesaran seperti kendi,ketur,tepak sirih,
f.Payung berwarna putih dan pakaian kuning dikhaskan kepada raja /sultan manakala payung kuning dikhaskan kepada kerabat diraja

5.DIPERKUKUHKAN UNSUR MITOS
a.Diperkuatkan dengan perkaitan dariopada tokoh-tokoh seperti Iskandar Zulkanaim
b.Menunjukkan ketokohanya sebagai raja yang berdaulat
c.Bertujuan untuk mempertingkatkan status sultan
d.Kesultanan melayu Johor,Perak dan Pahang yang berkaitan susur galurnya dengan kesultanan melayu melaka

6.diperkuatkan dengan konsep daulat
a.Mempuyai daulat yang tidak boleh di derhaka
b.Meliputi keistimewaan sebagai seorang pemimpin
c.Rakyat perlu patuh dan taat setia terhadap raja
d.Penderhaka akan menyebabkan individu itu akan menerima tulah

7.DIBANTU OLEH PEMBESAR
a.Keteguhan peranan raja diperkuatkan oleh pembesar yang dilantik
b.Pembesar dibahagi pula kepada sistem 4 lipatan seperti orang besar berempat,orang besar berlapan,orang besar enam belas,dan orang besar tiga puluh dua kecuali Kelantan dan N.9
c.Perlantikan melalui sultan yang menurunkan cop mohor
d.Membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanan negeri dengan menguruskan ekonomi dan sosial kawasan jagaan masing-masing

8.HUBUNGAN SALING BERGANTUNG ANTARA RAJA/SULTAN DAN PEMBESAR
a.Pembesar menguasai kawasan yang dianugrahkan dan dikurniakan surat tauliah
b.Raja/sultan mempunyai kedudukan teguh dengan sokongan para pembesar
c.Raja/sultan berkuasa dalam aspek kehakiman dan perundangan dengan dibantu oleh pembesar.Namum hukuman bunuh adalah di tangan raja/sultan sahaja.
d.Pembesar membekalkan tenaga buruh melalui sistem kerah seperti membina istana raja/sultan,kapal,keperluan raja/sultan,pentas untuk istiadat raja,membekalkan tenaga rakyat untuk tujuan peperangan dan mempertahankan negeri.


C.KESIMPULAN
1.Sebelum kedatagan british di negeri-negeri melayu raja/sultan sememangnya berada pada kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan.Kedudukan ini membolehkan baginda berperanan sebagai ketua pemerintah,ketuan agama islam,ketua adat istiadat dan adat resam.

Bincangkan penentangan penduduk tempatan terhadap Pentadbiran Syarikat Berpiaga Borneo Utara(SBBU) di Sabah dan pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak

A. PENGENALAN

1. Pada abad ke-19 Sabah dan Sarawak telah ditadbir oleh pihak berkuasa British yang diwakili oleh Syarikat Berpiagam Borneon Utara(SBBU) dan Dinasti Brooke.

2. Di Sabah SBBU telah mentabir Sabah bermula dari tahun 1881. Sepanjang pendudukan dan penguasaan tersebut banyak perubahan telah dilakukan oleh SBBU. Tindakan itu telah menyebabkan rasa tidak puasw hati penduduk tempatan yang membawa kepada penentangan dari masyarakat setempat seperti Pangeran Samah,Malingkote dan Matb Salleh.

3. Manakala di Sarawak, penguasaan Dinasti Brooke bermula dari tahun 1842 apabila James Brooke dilantik sebagai Gabenor Sarawak. Sepanjang peguasaan tersebut ,banyak pembaharuaan telah dilakukan sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Pembaharuan tersebut telah membangkitkan rasa tidak puas hati penduduk menyebabkan berlakunya penentangan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Sharif Mashor,Rentap,orang- orang Cina dan Banting.

B.ISI

1.Gerakan penentangan di Sabah

a. Penentangan Pangeran Samah(1884)

i. Pada tahun 1884, masyarakat tempatan daripada suku kaum Bajau yang diketuai oleh Pangeran Samah telah bangkit menentang pihak berkuasa British. Kebangkitan dan kemarahan itu dikatakan berpunca daripada tindakan SBBU mengenakan cukai ke atas aktiviti mengutip sarang burung.
ii. Pangeran Samah dikatakan dengan sengaja melambat-lambatkan kutipan sarang burung untuk jualan bagi mengelakan cukai yang dikenakan oleh pihak berkuasa British.
iii. Selepas lima tahun berlalu,pihak berkuasa SBBU telah memutuskan untuk mengambilalih perusahaan tersebut. Keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pihak berkuasa British itu telah menyebabkan Pangeran Samah dan pengikutnya bertindak menutup jalan ke gua Gomntong,tempat kutipan sarang burung dijalankan.
iv. Apabila pasukan peronda tiba untuk membuka jalan yang ditutup oleh Pangeran Samah,mereka telah diserang. Dalam pertempuran tersebut,pasukan suku kaum Sulu dapat dikalahkan manakala Pangeran Samah sendiri telah terbunuh.

b. Penentangan Mat Salleh (1894-1905)

i. Pada tahun 1984,Mat Salleh bersama pengikutnya telah bangkit menentang pihak berkuasa SBBU. Nama beliau yang sebenar ialah Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu,merupakan seorang pembesar yang amat dihormati dan disegani. Berasal dari hulu Sungai Sungat dan berketurunan Suluk dan Bajau.
ii. Penentangan tersebut adalah berpunca daripada tindakan pihak berkuasa SBBU membakar kampung beliau di Sungai Sungat yang dituduh memcampuri urusan pentabiran SBBU. SBBU juga telah memaksa penduduk tempatan untuk dijadikan buruh paksa bagi menjalankan kerja-kerja awam seperti membina jalan raya,jalan kereta api tanpa dibayar gaji.Malah pegawai-pegawai SBBU juga bersikap sombong serta tidak menghormati adat resam penduduk tempatan.
iii. Mat Salleh bersama pengikutnya telah bertindak membunuh dua orang pedagang Dayak,tetapi Mat Salleh enggan menyerahkan kedua-duanya kepada SBBU.Ini menyebabkan pihak SBBU bertindak menyerang dan membakar kampung Mat Salleh di Pulau Jambongan .Namun Mat Salleh bersama pengikutnya berjaya melarikan diri.
iv. Pada tahun 1897,Mat Salleh telah menyerang kubu British di Pulau Gaya. Tindakannya itu adalah menyebabkan SBBU bertindak balas dengan memusnahkan kubu Mat Salleh di Ranau.Kegagalan menangkap Mat Salleh menyebabkan British menukar taktik dengan memujuk Mat Salleh menandatangani perjanjian damai.
v. Syarat perjanjian tersebut ialah Daerah Tambunan akan diserahkan kepada Mat Salleh,boleh mentabir secara bebas dan pengikut-pengikutnya akan diberi pengampunan.
vi. Namun SBBU tidak berpegan kepada janji.Sebaliknya Daerah Tambunan telah diambil semula.Tindakan tersebut menyebabkan Mat Salleh rasa tidak berpuas hati lalu mengatur stratergi menyerang British.Belum sempat Mat Salleh dan pengikutnya melancarkan serangan,pihak British terlebih dahulu melancarkan serangan.Dalam serangan tersebut,Mat Salleh telah terbunuh manakala Daerah Tambunan menjadi wilayah kepunyaan SBBU.
2. Gerakan penentangan di Sarawak.

A.Penentangan Syarif Masahor (1853-1860)

i. Syarif Masahor merupakan seorang gebenor dari Daerah Sarikei,bangkit menentang pihak berkuasa British di bawah pimpinan Brooke disebabkan beberapa pembaharuan yang telah diperkenalkan khususnya berkaitan masalah pungutan cukai.Kemuncak rasa tidak puas hati Sharif Masahor ialah apabila British bertindak menyokong Pangeran Matusin dalam peristiwa perbalahan antaran Pangeran Matusin dengan Pangeran Arshad,sedabgkan Syarif Masahor menyokong Pangeran Arshad.Beliau mendapat sokongan yang padu daripada orang-orang melayu,Iban,dan lain-lain.
ii. Pada tahun 1859, Sharif Masahor telah bersatu dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur bertindak menyerang kubu Brooke. Abdul Ghapur berjaya melarikan diri ke Pontianak tetapitelah ditangkap oleh pihak berkuasa dan dipenjara di Betawi. Manakala Sharif pula berjaya melepaskan diri dari buruan British.

iii. Pada tahun 1860,Sharif bersama pengikutnya sekali lagi melakukan serangan ke atas Kuching, namun serangannya gagal apabila mendapat serangan balas dari Charles Brooke di Sungai Sadong. Sekali lagi beliau berjaya melepaskan diri dan memaksa Charles Brooke menyerang dan bertindak membakar kampung Igan iaitu perkampungan Sharif Masahor.

v. Pada tahun 1861, British terpaksa meminta bantuan Sultan Brunei untuk mengadakan perundingan dengan Sharif yang akhirnya bersetuju untuk dibuang negeri ke Singapura dan meninggal dunia di sana pada tahun 1890.

b. Penetangan Rentap (1853-1861)

i. Rentap atau juga dikenali dengan Libau merupakan ketua kaum Iban di hulu Sungai Sekrang. Beliau bersama pengikutnya bangkit menentang Brooke kerana rasa tidak puas hati ekoran daripada tindakan melakukan beberapa perubahan yang telah mengangu punca pencarian mereka serta menghapuskan adapt resam kaum Iban seperti memburu kepala atau disebut adat mengayau.
ii. Pada tahun 1853,Rentap telah menyerang kubu Brooke di Nanga Sekrang dan berjaya membunuh seorang pegawai British bernama Allen Lee.Pada tahun 1854,Brooke telah mengarah tenteranya supaya menangkap Rentap,namun beliau berjaya melarikan diri ke Bukit Sadok.
iii. Pada tahun 1857,Charles Brooke cuba menyerang Rentap yang berkubu di Bukit Sadok,tetapi gagal kerana kubu tersebut dilengkapi dengan meriam.Pada tahun 1861,cubaan Brooke untuk menawan Bukit Sadok buat kali ketiga akhirnya berjaya dengan menggunakan meriam bujang sadok.Namun Rentap berjaya melarikan diri ke dalam hutan dan meninggal dunia beberapa tahun kemudian.

C.Penentangan orang-orang China

i. Masyarakat Cina di Bau telah bangkit menentang pentabiran Brooke disebabkan tidak berpuas hati terhadap beberapa perkara.
ii. Kerajaan Brooke mengangap bahawa masyarakat Cina yang berhijrah dari Sambas adalah sebagai pelarian jenayah.Mereka tidak dibenarkan menjalankan perdagangan luar.Malah segala perdagangan judi,pajak,arak dan candu berada di bawah kawalan kerajaan Brooke.
iii. Kemuncak kepada rasa tidak puas hati tersebut ialah apabila kerajaan Brooke mengenakan cukai terhadap orang Cina.Mereka telah dipaksa mematuhi segala peraturan yang diperkenalkan.Pada bulan Januari 1857,pelombong Cina di Bau telah didenda sebanyak €150 kerana menyeludup candu.
iv. Tindakan tersebut telah menyebabkan seramai 600 orang Cina bangkit melancarkan serangan ke atas Khucing tetapi berjaya dipatahkan oleh British.Akhirnya masyarakat Cina terpaksa berundur ke Baud dan kemudiannya berhijrah ke Sambas,Kalimantan.

D.Penentagan Banting(1893)
i. Gerakan penentangan ini diketuai oleh Banting,seorang pemimpin Iban berasal dari hulu Sungai Batang Lupar.Kebangkitan Banting dan pengikutnya disebabkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Brooke yang cuba menghapuskan beberapa amalan tradisi seperti memburu kepala.
ii. Pada tahun 1895,Banting bersama pengikutnya telah didenda kerana membawa masuk tajau dan perkakas tembaga tanpa membayar cukai.Ekoran daripada itu,Banting dan pengikutnya telah bertindak menyerang perkampungan dayak yang menyokong kerajaan Booked an berjaya membunuh 10 orang Dayak.Charles Brooke bertindak dan cuba menangkap Banting tetapi gagal.
iii. Pada tahun 1902,Bating bersama pengikutnya muncul semula dan beberapa kali melancarkan serangan terhadap penyokong-penyokong Brooke.Bagaimanapun tindakan Brooke untuk menangkap Bating menemui kegagalan. Akhirnya pada tahun 1904,Bating barjaya ditewaskan dalam”Pertempuran Bong Kap” yang kemudian bersetuju untuk membayar denda kepada pihak berkuasa British.


KESIMPULAN
i. Keseluruhanya dapat disimpulkan bahawa,gerakan penentangan penduduk tempatan terhadap pentabiran British di Sabah dan Sarawak telah menemui kegagalan,malah turut menggukuhkan kedudukan mereka.
ii. Namun kebangkitan dan penentagan tersebut,jelas mengambarkan bahawa telah muncul semangat nasionalisma dalam kalangan penduduk tempatan.

Tuesday, July 26, 2011

BINCANGKAN SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH MELAYU PADA ABAD KE-19

A. PENGENALAN

i Perluasan kuasa British selepas 1874 telah mewujudkan kestabilan politik yang membolehkan eksploitasi ekonomi sepenuhnya.
- British menggalakkan lebih ramai orang cina berhijrah masuk kerana permintaan bijih timah yang meningkat di Eropah
- Untuk mempercepatkan lagi pengeluaran lagi pengeluaran hasil ladang terutama getah, kaum Tamil telah dibawa masuk ke negara ini dari India.
atau

ii Masyarakat majmuk adalah masyarakat berbilang kaum yang tingal berdampingan daripada bercampur-gaul tetapi membentuk satu kependudukan hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan.

B. Kemunculan Masyarakat Majmuk Di Negeri-Negeri Melayu

1. Petempatan (termasuk Dasar British): (5 markah)
i) Bilangan terbesar orang Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar.
- Orang cina di kawasan bandar dan lombong-lombong bijih timah (Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban)
- Orang India(terutamanya Tamil) di ladang-ladang getah.
ii) Perpisahan juga wujud di bandar. Terdapat satu-satu kawasan di bandar-bandar menjadi tumpuan satu satu golongan etnik.
( Di Kuala Lumpur: orang Cina di Pudu, orang India di Sentul dan orang Merlayu di Kampung Bharu).

Hampir di setiap bandar besar terdapat komuniti Chettiar (peminjam wang).
- Terdapat juga buruh India dalam perkhidmatan pelabuhan (Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang), Kereta api Tanah Melayu dan Jabatan Kerja Raya.
- Orang Selon kebanyakannya dibawa masuk untuk bekerja sebagai kerani. Kakitangan kereta api dan pembantu hospital.
iii) British menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina. Kehadiran mereka mewujudkan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.


2. Perkembangan Ekonomi (5 markah)

Memang benar jika dikatakan bahawa perkembangan ekonomi yang semakin pesat ini telah mengubah keadaan dan ia memainkan peranan penting dalam kewujudan masyarakat majmuk.
- Oleh kerana buruh tempatan tidak mudah diperoleh, maka sebilangan besar kaum buruh terpaksa dibawa masuk dari negeri China, India dan sebahagian kecil dari kepulauan Melayu.
- Perkembangan kegiatan perusahaan bijih timah dan getah( perlu dijelaskan.)

3. Pengasingan dari segi agama dan amalan kebudayaan:
Agama sememangnya merupakan satu lagi unsur pembahagian masyarakat ini. Setiap etnik memeluk satu agama. Islam bagi orang Melayu, agama Hindu dianuti oleh sebilangan besar orang India dan orang Cina menganut ajaran Buddha/ Kung Fu Tze.

4. Sistem pelajaran yang berbeza.
Pada peringkat awal Pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Kaum Cina adalah bersikap dan bersemangat kecinaan. Orang Cina mengambil alih pelajaran Cina. Sekolah Cina bukan sahaja menggunakan bahasa Cina (mulai 1920-an:mandarin) gurunya didatangkan dari negeri China, buku teks dan kurikulumnya berasaskan kepada kurikulum negeri China.
Sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. Pelajaran Tamil hanya terhad kepada pelajaran rendah sahaja.

5. Institusi-institusi sosial dan budaya:
Institusi-institusi sosial dan budaya seperti persatuan-persatuan sosial, keagamaan tumbuh di tempat kediaman masing-masing menyebabkan masyarakat ini hidup sebagai satu komuniti tersendiri.
Bilangan orang Melayu meningkat disebabkan oleh kemasukan orang Melayu dari Kepulauan Melayu seperti orang Jawa, Minangkabau, Banjar, Bugis, Mendaling dan sebagainya. Disebabkan terdapat persamaan dari segi agama, mereka digolongkan dalam istilah Melayu.

Kesimpulan.
Dengan ini terdapat tiga masyarakat yang utama di negeri-negeri Melayu selepas 1874 pengkhususan pekerjaan, kebudayaan, bahasa dan agama merupakan faktor yang membawa kepada pembahagian yang ketara diantara satu golongan etnik dengan yang lain.

Bincangkan peranan kesusasteraan dan kewartawanan dalam kebangkitan nasionalisme orang-orang meleyu sehingga tahun 1941

A. PENGENALAN

1. J.S. Coleman memberi takrif nasionalisme sebagai perasaan, kegiatan dan perkembangan organisasi yang ditujukan ke arah pemerintahan sendiri dan kemerdekaan sebagai sebuah Negara bangsa yang wujud dengan taraf sama rata atau dalam satu sistem politik antara bangsa. Kesedaran nasionalisme orang melayu bermula dengan keinginan dan keazaman semenjak awal abad ke-20 lagi. Ia bertujuan untuk menghalau penjajah British dan berkerajaan sendiri.

2. Golongan nasionalisme telah menggunakan hasil-hasil kesusasteraan untuk
menyedar dan menyatukan orang Melayu supaya cintakan tanah air.

3. Perpaduan yang dibentuk melalui kesusasteraan telah menjadi pemangkin terhadap kesedaran
orang Melayu dalam aspek ekonomi, politik dan sosial.

4. Golongan wartawan juga menyebar semangat nasionalisme melalui media massa seperti
Akhbar, majalah, novel dan lain-lain. Penerbitan akhbar dan majalah telah membuka minda
orang Melayu agar memperjuangkan hak mereka dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

5. Memang tidak dapat dinafikan kesusasteraan dan kewartawanan telah membangkitkan
semangat nasionalisme orang-orang Melayu untuk menentang British.


B.ISI

a.Peranan Kesusasteraan

1. Kesusasteraan telah membangkitkan kesedaran dalam kalangan orang-orang Melayu tentang
Kemunduran mereka berbanding dengan kaum-kaum asing. Hasil-hasil kesusasteraan
Menyeru orang-orang Melayu memajukan diri dengan ilmu agar dapat membebaskan diri
daripada cengkaman penjajah. Hasil-hasil karya penulisan oleh tokoh-tokoh intelektual di
muatkan dalam akhbar dan majalah.

2. Idea kesedaran akan kemunduran bangsa disebarkan melalui novel dan majalah-majalah.
Misalnya ‘Hikayat Faridah Hanum’ oleh Syed Sheikh Al Hadi pada tahun 1925 menekankan
Kepentingan pendidikan serta emansipasi wanita. Novel ‘ Iakah Salmah’ oleh Ahmad Rashid
Talu juga menyuarakan perihal kebebasan wanita hak untuk mendapat pelajaran. Ishak Haji
Muhammad menulis novel ‘ Dari Perangkap Ke Penjara’ dan cerpen ‘Rumah Besar Tiang
Seribu’. Kedua-dua novel dan cerpen ini memberi gambaran tentang kehidupan orang Melayu
Yang terlalu banyak menumpukan kepada soal-soal agama dan tidak mencurigai kaum Cina
yang membolot sumber ekonomi di negara mereka.

3. Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) sebagai pusat latihan untuk bakal guru-
guru di Sekolah Melayu telah memberi sumbangan yang besar ke arah kebangkitan kesedaran
nasionalisme.

4. Pengunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI) telah memperkayakan penggunaan dan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu, sekaligus menaikkan semangat perpaduan dalam kalangan orang Melayu.

5. Lepasan MPSI bertindak sebagai pelopor gerakan kemajuan dalam masyarakat, seterusnya
membangkitkan semangat nasionalisme.

6. Perkembangan dan kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang Melayu semakin
meningkat dengan wujudnya Pejabat Karang Mengarang di MPSI yang bertanggungjawab
terhadap usaha penterjemahan penerbitan dan penyuntingan buku Bahasa Melayu.

7. Golongan nasionalisme lulusan MPSI yang banyak membaca tulisan daripada negara
Indonesia telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap dasar pemerintahan British
melalui tulisan dalam akhbar dan majalah.

8. Mereka menulis rencana untuk menyedarkan orang Melayu supaya berusaha mencapai
kemajuan. Antara tokoh yang giat menulis ialah Za’ba (Zainal Abidin bin Ahmad) yang
mengkritik sikap orang Melayu yang tidak mahu memajukan diri sendiri. Antara tajuk
tulisannya ialah ‘The Power of Malays’ dan ‘The Salvatation of Malays’

9. Harun Aminurrashid pula menulis novel ‘ Melor Di Kuala Lumpur’ yang bertemakan orang
Melayu dan memerlukan perubahan bagi mencapai kemajuan, turut berperanan dalam
membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan orang Melayu.

10. Demikian juga, karya-karya seperti ‘Putera Gunung Tahan’ (1937) oleh Pak Sakor,
‘Alam Perempuan’ oleh Kasim Amin Bey turut membangkitkan kesedaran dalam kalangan
orang Melayu.


b. Peranan Wartawan

1. Melalui akhbar dan majalah seperti Al Ikhwan, Saudara, warta Malaya, Majlis dan
sebagainya, para wartawan bertanggungjawab memberi kesedaran politik, ekonomi, dan
sosial kepada masyarakat. Akhbar sebagai wadah orang Melayu berhubung hak orang
Melayu. Sepanjang 1930-1940 terdapat 18 buah akhbar dan majalah di terbitkan di Tanah
Melayu.

2. Akhbar Al Ikhwan yang diterbitkan di Pulai Pinang menyedarkan masyarakat akan
kepentingan semangat cintakan tanah air di samping mengandungi idea-idea pembaharuan
dan peningkatan taraf pendidkan taraf penduduk khususnya di kalangan wanita.

3. Akhbar Saudara yang di terbitkan di Pulai Pinang pada 1928 menonjolkan isu-isu keagamaan.
Ia lantang mengkritik orang Melayu yang enggan menerima perubahan agama dan sosial.
Tulisan-tulisannya telah menyedarkan orang Melayu supaya menjaga kepentingan negeri
daripada dikuasai oleh orang asing.
4. Warta Malaya yang diterbitkan di Singapura pada 1930 menyiarkan tentang kemunduran
sosio-ekonomi masyarakat Melayu yang memerlukan pembelaan. Ia juga menuntut supaya
orang Melayu diberi peluang dalam pentadbiran kerajaan yang banyak dikuasai oleh British
disamping peluang mendapatkan pelajaran.

5. Akhbar Majlis yang diterbitkan di Kuala Lumpur pada 1931 membicarakan isu politik secara
meluas dan membincangkan tentang hak-hak orang Melayu sebagai bumiputera di tanah air
sendiri.

6. Wartawan yang berperanan menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu
ialah Ibrahim Haji Yaakub, pengarang ‘Warta Malaya’ dan ‘Majlis’.Wartawan lain yang
meniup semangat nasionalisme ialah Ishak Haji Mohammad(Pak Sako) yang menulis rencana
tentang kehidupan orang Melayu dibeberapa buah negeri seperti Pahang. Pak Sako merupakan
pengarang Utusan Melayu pada tahun 1939 menghasilkan novel ‘Putera Gunung Tahan’ yang
membidas kerajaan British dan dasar-dasarnya. Beliau juga menulis ‘Anak Mat Lela Gila’ yang
senada dengan novel ‘Putera Gunung Tahan’.

7. Wartawan yang terkenal ialah Abdul Rahim Kajai.Beliau memimpin beberapa buah akhbar
Utama di tanah Melayu termasuk Utusan Melayu yang diterbitkan olehnya bersama-sama Pak
Sako pada tahun 1939. Beliau mengutarakan beberapa isu khususnya kerakyatan, ancaman
Komunis, perjuangan kemerdekaan dan sebagainya. Tokoh-tokoh lain ialah Ibrahim Haji
Yaacob, Ahmasd Boestaman bin Raja Kecil dan Dr. Burhanuddin Al Helmi.

8. Perjuangan golongan wartawan ini menimbulkan kesedaran masyarakat Melayu terhadap
politik. Hal ini jelas kemudiannya apabila munculnya banyak pertubuhan politik kenegerian
seperti Pahang, Perak, Kelantan dan Selangor.


C.KESIMPULAN

1.Maka jelaslah kesusasteraan dan kewartawanan memeainkan peranan penting dalam
menyedarkan masyarakat Melayu tentang nasionalisme.

2.Selepas penduduk Jepun, kewartawanan semakin mempengaruhi gerakan nasionalis-
nasionalis Melayu khasnya isu penubuhan Malayan Union.

3.Bahkan, ia juga membawa kepada kelahiran Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) dengan lebih berani, terancang dan berkesan sehingga berjaya mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.