Wednesday, July 21, 2010

BINCANGKAN KESAN SOSIAL DAN EKONOMI AKIBAT PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU DARI TAHUN 1942 HINGGA 1945

Tentera Jepun telah menyerang Tanah Melayu melalui Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun telah ber jaya menawan seluruh Tanah Melayu dan Singapura dalam jangka masa kurang daripada dua bulan setcngah. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah bcrmula pada 15 Februari 1942. Sepanjang pendudukan .Iepun sclama tiga tahun setengah di Tanah Melayu, pelbagai dasar telah dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan mcreka. Segala dasar telah mendatangkan kesan terhadap kehidupan sosial dan ckonomi Tanah Melayu. Penduduk Tanah Melayu sentiasa berada dalam kesengsaraan dan tertekan akibat dasar pemerintahan tentera Jepun.

Kesan sosial pendudukan Jepun di Tanah Melayu ialah renggangnya hubungan antara kaum. Tentera Jepun memberikan layanan yang berbeza mengikut kaum. Orang Melayu dan orang India dilayan dengan baik oleh tentera Jepun, manakala orang Cina dilayan dengan buruk. Orang Melayu telah dilantik menjadi kempeitai Jepun yang ditugaskan untuk menangkap orang Cina. Hal ini telah menambahkan kebencian dalam kalangan orang Cina terhadap orang Melayu. Permusuhan antara kaum semakin menebal antara kaum Melayu dengan Cina. Selain itu, kaum Cina telah berpindah ke kawasan pinggir hutan akibat ancaman tentera Jepun.

Jepun telah melaksanakan dasar penjepunan untuk menerapkan nilai budaya Jepun dalam masyarakat tempatan, terutamanya orang Melayu. Sehubun-an itu, penggunaan bahasa Jepun telah diperluas di Tanah Melayu. Bahasa pengantar di sekolah teiah ditukar daripada hahasa Inggeris kepada bahasa Jepun. Dalarn bidang pentadbiran, penunaan bahasa Jepun diutamakan, contohnya peluang kenaikan pangkat dan gaji berdasarkan kemahirnn herbahasa Jepun. Kerajaan telah mengadakan kursus-kursus pendek bahasa Jepun. Selain itu, penerapan budaya Jepun telah dilaksanakan terhadap seluruh masyarakat, contohnya mengisytiharkan cuti-cuti umum sempena hari perayaan di negara .Iepun. Kerajaan Jepun tclah mengharamkan penggunaan bahasa Cina dan pelaksanaan sekolah Cina di Tanah Melavu.

Di samping itu, berlaku perubahan terhadap sistem persekolahan di Tanah Melayu. Dasar Pelajaran Jepun telah dilaksanakan sepenuhnya. Murid-murid diwajibkan untuk menyanyikan lagu kebangsaan Jepun, iaitu Kamigayo pada setiap pagi dan menghormati bcndera Jepun. Tujuan Jepun berbuat demikian supaya penduduk Tanah Melayu akan menghormati maharaya Jepun. Antara mata pelajaran wajib di sckolah ialah nyanyian dan muzik dari Jepun.
Selain itu, pendudukan Jepun turut memberikan kesan yang buruk terhadap taraf kesiharm penduduk Tanah Melayu. Penyakit seperti malaria. beri-bcri dan taun merebak dcngan meluasnya. Sumber makanan yang terhad dan tidak berzat seperti ubi kayu dan keledek telah memburukkan lagi keadaan kesihatan penduduk. Kadar kernatian akihat daripada kekurangan zat makanan telah meningkatdengan mendadakdalam kalangan rakyat Tanah Melayu. Tentera Jepun telah merampas bekalan makanan dan ubat-ubatau untuk kegunaan tenteranya. Bekalan ubat-ubatan tidak dibekalkan ke klinik-klinik, manakala doktor dan jururawat telah dihantar ke kem tawanan.

Pendudukan Jepun telah memberikan kesan negatif terhadap ckonomi Tanah Melayu. Kemusnahan terhadap sumber ekonomi, terutama ladang getah dan lombong bijih timah telah berlaku dengan teruknya. Tentera British tclah memusnahkan ladang getah dan lombong bijih timah sebelum meninggalkan Tanah Melayu. Semua kelengkapan melombong, seperti kapal
korek telah dimusnahkan di bawah dasar 'bumi hangus'. Para pekerja turut meninggalkan kawasan ladang dan lombong untuk menyelamatkan diri. Tanah Melayu yang bergantung sepenuhnya pada bahan eksport tersebut telah terjejas teruk. Misalnya pada tahun 1941, hasil bijih timah ialah 79 000 tan telah merosot menjadi 3000 tan pada tahun 1945. Malahan sistem pengangkutan dan perhubungan turut musnah. Tentera Jepun tidak memulihkan kemusnahan infrastruktur di Tanah Melayu. Keadaan ini memburukkan lagi ekonomi Tanah Melayu.
Selain itu, masalah inflasi telah berlaku di Tanah Melayu. Kekurangan barangan keperluan di pasaran, terutamanya barangan makanan. Tambahan pula, pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas Pokok Pisang tanpa kawalan. Hal ini telah menyebabkan nilai mata wang tersebut jatuh. Harga barangan keperluan telah meningkat beberapa kali ganda. Misalnya, harga beras (500 gram) pada tahun 1941, telah melonjak naik kepada $120.00 pada bulan Ogos 1945. Beras juga sukar untuk diimport dari Burma dan Thailand kerana Jepun telah dikenakan sekatan perdagangan antarabangsa. Jepun yang telah melaksanakan ekonomi kawalan telah merugikan penduduk tempatan. Amalan rasuah, menyorok barangan dan pasaran gelap berlaku di mana­mana.

Pendudukan Jepun telah menyebabkan banyak industri baru muncul di Tanah Melayu untuk menampung kekurangan barangan. Misalnya, penggunaan bahan api daripada susu getah, penciptaan tayar tanpa tiub daripada getah padat, benang daripada daun nanas dan kertas daripada buluh, daun getah dan lalang. Selain itu, perusahaan tradisional telah berkembang dengan pesatnya seperti menghasilkan minyak daripada kelapa, gula kelapa dan rokok daun.

Kesimpulannya, pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kehidupan sosial dan ekonomi penduduk Tanah Melayu. Pendudukan Jepun di negara kita berakhir setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.

No comments:

Post a Comment