Monday, July 26, 2010

BINCANGKAN SISTEM EKONOMI SARA DIRI DI MALAYSIA SEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH

PENGENALAN
bersifat sara diri,cukup hidup iaitu utk keperluan penggunaan.
Tiada penggunaan teknologi moden,tenaga ahli keluarga adalah penting dari peringkat awal hingga ke peringkat pengeluaran.Rakyat tiada dorongan utk mengeluarkan lebihan tanaman kerana cukai yg tinggi dan sistem mengusahakan tanah sesuka hati atau hanya perlu merujuk kepada pembesar utk kebenaran kerana tanah dianggap sebagai milik raja.
Kegiatan terpenting ialah pertanian iaitu tanaman padi. Terdapat juga kegiatan penternakan, penghasilan barang-barang kraftangan serta mencari hasil hutan. Lebihan hasil pula akan melibatkan pertukaran barangan keperluan yg tidak dapat mereka hasilkan sendiri.

ISI-ISI

-Padi hasil utama dan terbahagi dua jenis. Padi sawah di lembah sungai atau tanah rendah dan rata. Padi huma atau bukit di kawasan tanah tinggi atau lereng bukit dan tidak memerlukan air yg banyak. Kawasan tanamn padi utama ialah di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.

-Adanya sistem pengairan penanaman padi pada awal abad ke 19. Tiga jenis pengairan iaitu kincir air,terusan dan empangan.Terusan W.Mat Saman sepanjang 32 km di Kedah utk pengairan sawah padi. Padi dari Kedah dan Perlis mendapat Pasaran yg baik di Pulau Pinang.Sistem pajak(ampun kurnia)yg dianugerahkan oleh raja kpd tauke-tauke dari Pulau Pinang turut dijalankan di Kedah.

-Di Perak, masyarakat melayu merupakan masyarakat tani. Tanamn utama yg mereka usahakan ialah padi. Selain itu, terdapat juga tanaman seperti kopi,tembakau sagu, pisang jagung,tebu,ubi kayu,lada hitam dan gambir. Pokok buah-buahan juga ditanam utk kegunaan sendiri seperti durian manggis,langsat dan lain-lain.Selain itu,terdapat juga pokok pinang, kabung, nibung dan nipah yang mempunyai nilai-nilai perniagaan. Jika berlebihan ia akan dijual utk membeli barangan yang mereka tidak hasilkan sendiri seperti pakaian.

-Bagi masyarakat Sabah dan Sarawak, padi merupakan tanaman makanan utama.Dua jenis padi diusahakan iaitu padi sawah dan padi huma. Di Sabah padi diusaha oleh orang Kadazan dan orang Dusun. Kawasan tanaman utama di Sabah ialah di kawasan lembah pantai barat Sabah seperti Tuaran,Papar dan Penampang. Padi sawah juga ditanam di lembah-lembah sungai seperti Ranau,Keningau dan Tambunan.

-Orang Murut pula menanam padi huma melalui kegiatan pertanian pindah di kawasan berbukit dan kawasan yang kurang subur. Ia hanya bergantung kepada air hujan kerana jenis padi ini tidak memerlukan air yg banyak.

-Di Sarawak, padi huma menjadi tanaman makanan yg penting bagi sebilangan besar penduduk Sarawak. la dijalankan oleh orang Iban,Bidayuh dan Kenyah. Terdapat kawasan khas untuk penanaman padi di setiap rumah panjang. Ia juga dijalankan secara gotong-royong.

-Penanaman padi sawah hanya dilakukan oleh orang Kelabit yang tinggal di
kawasan bukit di Hulu Baram. Padi ini ditanam di kawasan tanah rata yang subur. Sistem tali air dibina utk membekalkan air. Ia juga dilakukan secara gotong royong oleh masyarakat Kelabit.

-Terdapat tanaman lain di Sarawak seperti sayur-sayuran,lada hitam,buah-buahan seperti kelapa, pisang manakala mengkuang juga turut diusahakan.
-Di samping itu,kegiatan memburu binatang juga dijalankan seperti pelanduk kancil dan ayam hutan.
-Ternakan secara kecil-kecilan seperti lembu,kerbau dan ayam itik turut dilakukan di samping kegiatan pertanian.

-Selain itu, sistem kerah yang diwajibkan ke atas rakyat untuk berkhidmat dengan pembesar termasuk raja merupakan ciri penting. Khidmat yg diberikan seperti membuat jalan,menjaga perahujambatan,gajah, menghantar surat dan berita serta menjaga kepentingan pembesar semasa melawat daerah dan sebagainya.

KESIMPULAN
-Sistem ekonomi sara din' di Malaysia sebelum campurtangan barat adalah sesuatu yang kompleks.
-Walaupun ekonomi negeri-negeri melayu mirip kepada sara diri namun bagi sesetengah negeri seperti Kedah dan Perlis ianya lebih bersifat separa sara diri.
-Namun begitu, kekayaan hasil bumi di Malaysia ini telah membuka mata kearah sistem ekonomi yang bersifat komersil yg lebih menjurus kpd aktiviti perlombongan dan perdagangan akhirnya.

No comments:

Post a Comment