Wednesday, July 14, 2010

Bincangkan peranan golongan pemerintah dalam institusi pemerintahan di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British

A. PENGENALAN.
1. Dalam konteks sebelum campur tangan British, golongan pemerintah merupakan, golongan terpenting dalam pemerintahan di Tanah Melayu kerana mereka berperanan melaksanakan dan melicinkan pentadbiran.
2. Golongan ini terdiri daripada Sultan atau Raja dan pembesar. Mereka mempunyai kuasa menurut fungsi dan peranan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.


B.ISI
1.Peranan Sultan atau Raja

Politik.
· Sultan menjadi ketua kerajaan dan bertanggungjawab melaksanakan semua aspek pentadbiran negeri.
· Baginda berperanan sebagai ketua dalam hal ehwal luar negeri dan berkuasa mengesahkan sesuatu persetiaan dengan kuasa-kuasa asing melalui cop mohor yang merupakan lambang kuasa sultan yang memerintah.
· Sultan bertanggungjawab mengekalkan keamanan dan kesejahteraan di dalam negeri dan berkuasa menjatuhkan hukuman jenayah.
· Baginda berkuasa melantik pembesar di peringkat pusat.

b. Ekonomi.
· Berkuasa mutlak dalam hal cukai dan percukaian.
· Berperanan sebagai pemodal dalam perdagangan dan ekspot barang-barang dagangan
tempatan dan bergiat cergas dalam aktiviti ekonomi perdagangan.
· Berkuasa mengeluarkan surat kebenaran membeli, menjual, dan memajak cukai kepada
pedagang.

c. Sosial.
· Sultan berperanan sebagai ketua angkatan tentera dan memelihara undang-undang dalam negeri untuk mengawal kesejahteraan rakyat.
· Berperanan sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
· Mengurniakan anugerah kepada rakyat yang berjasa kepada Sultan dan negeri.Berperanan mengesahkan sesuatu keputusan dalam Majlis Penasihat Raja.


2. Peranan Pembesar

a. Politik.
· Mentadbir kawasan-kawasan pegangan yang dianugerahkan oleh Sultan.
· Penasihat kepada Sultan dalam hal-hal pentadbiran melalui Majlis Penasihat Sultan.
· Berkuasa memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar seperti di Negeri Sembilan.
· Pembesar juga menjadi wakil Sultan atau utusan ke luar negara.
b. Ekonomi.
· Bertanggungjawab mernungut cukai di kawasan pemakanan masing-rnasing dan menyerahkan sebahagiannya kepada. Sultan.
· Berperanan mengurus hal ehwal perdagangan di seluruh kawasannya.
· Berkuasa menetapkan nilai timbangan dan sukatan di pasar-pasar di kawasannya.
· Bertanggungjawab menjagaa kebajikan, tempat tinggal dan gudang kepada para pedagang.
· Berperanan menyelia nilai mata wang.
· Menyediakan modal kepada peniaga-peniaga tempatan.

c. Sosial.
· Berperanan menjaga keamanan kawasan pegangan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangannya.
· Bertanggungjawab menjaga keadilan dan menjatuhkan hukuman ringan. Contohnya di
Negeri Sembilan, Lembaga berperanan menyelesaikan perselisihan antara suku.
· Berperanan menjadi perantaraan di antara Sultan dengan rakyat.
· Bertanggungjawab menyediakan tenaga kerja bagi tujuan membina ` istana baru,
panggung, pentas dan perhiasan istana.
· Berperanan menyediakan tentera kepada kerajaan semasa peperangan.
· Memastikan rakyat taat dan setia kepada Sultan.
· Bertanggungjawab melaksanakan istiadat menjunjung duli setiap sambutan perayaan Islam seperti Hari Raya Puasa.

3. Ulama dan Pendeta.
· Menjadi penasihat raja dan kerajaan dalam hal-hal tentang hokum syarak dan selok-belok
agama termasuklah mengeluarkan fatwa tentang isu-isu agama.
· Menjadi pakar rujuk dalam hal-hal kesusasteraan, keseniaan, kelbuda.yaan, aclat istiadat
dan salasilah raja-raja.

C. KESIMPULAN.

1. Peranan golongan pemerintah telah mengalami perubahan menjelang tahun 1874. British mula mengambil alih tugas-tugas Sultan dan pembesar. Sultan hanya berkuasa sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
Kuasa pemerintah dan pentadbir Melayu akhirnya diambil oleh pegawai-pegawai British yang membawa kepada kehilangan kuasa dan wibawa golongan pemerintah di Tanah Me layu.

No comments:

Post a Comment