Sunday, August 29, 2010

Bincangkan Hierarki Golongan Pemerintah di Tanah Melayu sebelum Kedatangan British

SOALAN 1:

A. PENGENALAN:

1. Sebelum tahun 1874, masyarakat Melayu di Tanah Melayu telah mernpunyai hierarki sosial tersendiri yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. 2. Golongan pemerintah menduduki hierarki teratas yang terdiri daripada raja, golongan bangsawan atau kerabat diraja, pembesar, golongan ularnak atau agama dan pendeta.
3. Tujuan utama hierarki ini diamalkan untuk menentukan kedudukan dan tugas golongan pemerintah serta memastikan keharmonian dalam rasyarakat.

B. ISI:

1. Raja/ Sultan:

a) Kedudukan
i. Raja atau sultan merupakan golongan pemerintah yang menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat Melayu.
ii. Mereka merupakan ketua pemerintah dan bertanggungjawab melaksanakan semua aspek pentadbiran di negeri baginda.
iii. Meyeka juga menjadi ketua angkatan tentera, ketua agama, pemodal dalam perdagangan dan lain-lain.

b) Keistimewaan raja
i) Raja atau sultan juga. mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat dan lambang kebesaran. Bahasa yang digunakan oleh raja ialah bahasa istana atau juga dikenali sebagai bahasa dalam seperti beta, baginda, santap, gering, beradu, makam dan sebagainya,
ii) Dari segi warna, wama di raja ialah warna kuning untuk pakaian rasmi dan peralatan istana. Alat-alat kebesaran pula merupakan peralatan yang hanya boleh digunakan di istana seperti ketur, kendi, tombak berambu, kipas besar berarnbu dan lain-lain, Lambang kebesaran pula adalah lembing yang digunakan untuk memperlihatkan kekuasaan baginda seperti tengkolok, pending, mahkota, cap mohor dan nobat.

c) Peranan raja:
i) Politik
- Raja atau sultan juga memainkan peranan yang sangat penting terutama dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
- Dan segi politik misalnya baginda merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak, mempunyai kuasa dari aspek hal ehwal luar negeri, ketua hakim dan perundangan dan berkuasa melantik pembesar terutama pembesar­pembesar di peringkat negeri dan daerah.
ii) Ekonomi
- Dari segi ekonomi, baginda menguasai semua sumber ekonomi negeri seperti cukai dan percukaian, hasil hutan, pelombongan, perdagangan dan menentukan sistem sukatan, ukuran dan timbangan.
- Baginda juga berkuasa mengeluarkan surat kebenaran membeli, menjual dan memajak cukai kepada pedagang.
iii) Sosial
- Sultan atau raja berperanan sebagai ketua angkatan tentera, memelihara undang-undang dalam negeri serta mengawal ketenteraman dan kesej ahteraan rakyat.
- Selain itu, baginda juga menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu, mengumiakan anugerah kepada rakyat yang berjasa serta mengesahkan keputusan Majlis Penasihat Raja.

2. Golongan kerabat diraja
­
1. Merupakan golongan kedua dalam hierarki masyarakat Melayu.
ii. Golongan ini kebanyakannya terdini daripada saudara mara terdekat raja atau sultan. Golongan ini memiliki keistimewaan seperti menggunakan gelaran Tengku. Engku, Tuan, Wan, Nik dan lain-lain, menggunakan warna kuning sebagai warna rasmi, menggunakan bahasa istana dan lain-lain.
iii. Ada dalam kalangan kerabat di raja ini dianugerahkan oleh raja daerah-daerah tertentu untuk ditadbir dan sekaligus menjadi pembesar daerah seperti Engku Wan Ahmad yang menjadi pembesar daerah Jeram di Kelantan, Raja Mahadi menjadi pembesar daerah Kelang di Selangor dan lain-lain.

3. Golongan Pembesar

i. Merupakan golongan ketiga dalam hierarki pemerintah. Mereka terdiri daripada kerabat-kerabat diraja dan rakyat biasa yang dilantik oleh raja sebagai pembantu baginda dalam pentadbiran. Pembesar-pembesar ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringakat negeri atau pusat, daerah dan kampung. Mereka dilantik meIalui dua cara iaitu secara warisan atau keturunan dan meIalui lantikan oleh raja. Pembesar mempunyai kawasan pegangan dan cap mohor sendiri.
ii. Peranan pembesar meliputi politik, ekonomi dan sosial. Dan segi politik, golongan ini menjadi ketua pemerintah, dan menjaga keamanan di kawasan masing-masing.
iii. Dari segi ekonomi pula, mereka memungut cukai seperti cukai kepala, pertanian, perdagangan dan lain-lain, kemudian menyerahkan hasil kutipan sebanyak 10% kepada pembesar di peringkat pusat. Mereka juga menguasai semua hasil ekonomi seperti cukai, hasil hutan, perlombongan dan lain-lain di kawasan pegangan masing-masing.
iv. Dari segi sosial pula, pembesar memainkan peranan menjaga kebajikan rakyat, memastikan pelaksanaan undang-undang, menyediakan tenaga kerja dan tentera kepada raja, memastikan rakyat taat setia kepada raja serta melaksanakan adat istiadat menjunjung duli setiap sambutan perayaan Islam seperti Hari Raya Puasa.

4. Golongan Ulamak
i. Golongan ini merupakan mereka yang mahir dalam hal ehwal yang berkaitan dengan hukum syarak dan selok belok agama Islam termasuk mengeluarkan fatwa tentang isu-isu agama.
ii. Mereka menjadi penasihat sultan dalam aspek agama Islam. Gelaran ulamak berbeza mengikut negeri seperti Dato' Mufti di Kelantan, Orang Kaya Imam Besar di Perak, Tokku di Terengganu dan lain-lain. Golongan ini sangat dihormati dalam masyarakat kerana kemahiran keagamaan mereka.

5. Golongan Pendeta

i. Golongan pendeta pula menduduki hierarki terakhir dalam golongan pemerintah.
ii. Mereka sangat mahir dan menjadi pakar nzjuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, adat istiadat dan salasilalr raja seperti Tun Sri Lanang, Abdullah Munsyi dan lain-lain. Golongan ini sangat rapat dengan istana kerana menjadi pencatat bagi diari diraja.

C. KESIMPULAN:

1. Sebagai kesimpulannya kita dapati, golongan pemerintah telah mengekalkan kedudukan mereka dalam hierarki sosial masyarakat Melayu.
2. Walau bagaimanapun, kedudukan ini mula mengalami perubahan selepas kedatangan British. Golongan pemerintah mula hilang kuasa dari segi politik dan ekonomi. Walaupun begitu, kedudukan dalam hierarki sosial masih dikekalkan.

Tuesday, August 10, 2010

BINCANGKAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU SEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH

Pendahuluan

Sebelum campur tangan British, sistem politik yang diamalkan di Tanah Melayu berasaskan kepada sistem politik tradisional dan berhierarki. Umumnya sistem politik kesultanan Melayu dapat dipecahkan kepada tiga iaitu pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.

Isi

1. Pentadbiran peringkat negeri mempakan unit terpenting dalam sistem politik Melayu. Dalam pentadbirannya, sultan akan dibantu oleh pembesar bagi melicinkan urusan pentadbiran.

2. Sultan memiliki kuasa tertinggi dan memerintah secara mutlak serta berkuasa penuh sama ada dalam negeri hatta meliputi jajahan takluknya. Kedudukan sultan diperkukuhkan dengan konsep daulat, memiliki keistimewaan tertentu serta mempunyai cop mohor sebagai lambang kekuasaannya. Antara keistimewaan sultan merangkumi penggunaan bahasa, alat kebesaran, wama dan sebagainya. Sultan akan melantik kalangan putera yang sulung untuk menggantikannya selepas kemangkatannya

3. Pentadbiran peringkat daerah merupakan unit politik kedua terbesar. Pemecahan negeri kepada unit lebih kecil iaitu daerah atau jajahan adalah bermatlamat melicinkan umsau pentadbiran. Pemilihan pembesar untuk mentadbir daerah ditentukan oleh sultan berdasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu yang dimilikinya dan banyak berjasa kepada sultan.

4. Setiap pembesar yang dilantik akan dianugerahkan surat tauliah dan cop mohor oleh sultan sebagai lambang kekuasaannya terutama di wilayah tadbir atau kawasan pegangannya.Misalnya Dato' Bahaman diberi tauliah mentadbir wilayah Semantan.

5. Pembesar peringkat daerah akan bertanggungjawab terhadap raja sama ada dalam aspek menyediakan tenaga kerja, menyelesaikan perselisihan antara rakyat, menjaga keamanan dan keselamatan, pelaksanaan hukuman, mengutip cukai dan bekalan tenaga tentera.
6. Unit pentadbiran paling kecil dalam sistem politik Melayu tradisional ialah kampung. Unit politik kampung biasanya didiami oleh golongan rakyat yang bergiat dalam kegiatan ekonomi sara diri. Mereka merupakan pengikut setia dan penyokong kepada golongan peinbesar.

7. Pentadbiran peringkat kampong diketuai oleh Penghulu atau Tok Kweng. Mereka dilantik oleh pembesar berdasarkan kepercayaan dan keakraban hubungannya. Penghulu yang dilantik akan diberikan surat tautiah oleh sultan. Penghulu akan melaksanakan tugan-tugasnya di peringkat kampong dan bertanggungjawab kepada pembesar di peringkat daerah. Penghulu akan melaksanakan tanggungjawabnya meliputi soal kutipan cukai, menyelesaikan masalah rakyat di kampungnya dan taat setia kepada sultan.


Kesimpulan
Masyarakat Melayu tradisional mempunyai satu unit politik yang tersusun dan bersistematik sebelum kedatangan British.Namun begitu, unit politik ini mula tergugat dan berubah apabila British memperkenalkan sistem birokrasi pentadbiran Barat. Akibatnya raja dan pembesar Melayu telah kehilangan kuasa terutama dalam politik dan ekonomi.