Saturday, June 5, 2010

Sistem Residen telah membawa banyak perubahan dalam aspek politik di Perak dan Selangor. Bincangkan.

A. PENGENALAN

1. Sistem Residen diperkenalkan di Perak 1874 selepas Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874. Sistem ini kemudian diperluaskan ke Selangor dan Sungai Ujung 1874 pada tahun 1875 dan Pahang 1888.

2. Sistem Residen merupakan satu sistem pemerintahan secara tidak langsung Kerajaan British di Tanah Melayu. Mengikut Sistem Residen, Residen ialah seorang Pegawai British yang dilantik sebagai penasihat sultan dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

3. Perlaksanaan Sistem Residen menyebabkan berlakunya perubahan dalam aspek politik di Perak dan Selangor.

4. Selain aspek politik Sistem Residen juga membawa perubahan. dalam aspek ekonomi dan sosial di Perak dan Selangor.


B. ISI

Perubahan Politik

1. Pentadbiran British bertujuan mewujudkan keamanan dan ketenteraman demi menjamin keutuhan dan kelancaran pentadbirannya. Perlantikan Residen menyebabkan berlakunya perubahan penting dalam pentadbiran di negari-negeri Melayu.

2. Residen bertanggungjawab memulih, menjaga dan mengekalkan keamanan dalam negeri melalui pengenalan perlembagaan undang-undang dan peraturan yang baik dan berkesan. Perebutan takhta dalam kalangan kerabat, persengketaan kongsi gelap dan lanun dapat dihentikan.

3. Residen bertanggungjawab merintis peraturan, merangka dasar dan mengamalkan pentadbiran negeri dan daerah. Sultan dinasihati oleh Residen di peringkat negeri dan di peringkat daerah, perlantikan Pemungut Cukai atau Majiistret (Pegawai Daerah) telah dilaksanakan bagi menggantikan pembesar dalam pentadbiran peringkat daerah.

4. Bagi mengemaskini pentadbiran yang sedia ada dan menambahkan kecekapan dalam pentadbiran, sebuah Majlis Mesyuarat Negeri telah dibentuk di bawah Perlembagaan Sistem Residen. Contohnya 1887 Sir Hugh Low membentuk Majlis Mesyuarat Negeri di Perak dan di Selangor pada tahun 1878. Majlis Mesyuarat Negeri menggantikan Majlis Sultan.

5. Anggota Ahli Mesyuarat Negeri terdiri daripada Sultan sebagai Presiden Majlis, Residen sebagai Penasihat Sultan, Penolong Residen, pembesar sebagai ahli tidak rasmi, dua atau tiga orang wakil orang-orang Cina dan Inggeris sebagai ahli tidak rasmi. Majlis ini berperanan membincangkan semua perkara berkaitan dengan pentadbiran, ekonomi dan sosial sesebuah negeri.

6. Fungsi majlis ini ialah sebagai badan penasihat sultan, merangka perlembagaan negeri, menggubal dan meluluskan undang-undang, menyusun pungutan cukai, mengurus dan menetapkan gaji pegawai-pegawai Melayu dan Mahkamah Rayuan Tertinggi serta meluluskan hukuman bunuh.

7. Kestabilan politik membolehkan British membawa masuk buruh asing demi kepentingan ekonomi penjajah.8. Setiap negeri dibahagikan kepada daerah-daerah tertentu yang diketuai oleh seorang pemungut cukai atau majistret. Kemudian ditukar nama kepada Pegawai Daerah. Pembahagian daerah ini menyebabkan wujudnya sempadan geografi yang jelas antara negeri-negeri Melayu.


9. Bagi melicinkan pentadbiran peringkat daerah , beberapa Jabatan Kerajaan British diwujudkan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Kesihatan Perubatan di bawah pengelolaan pegawai Eropah. Mahkamah Majistrret juga diwujudkan dan diketuai oleh Pegawai Daerah bagi mengadili semua masalah berdasarkan undang-undang Barat.

10. Di bawah Sistem Residen, pentadbiran negeri yang baru, setiap daerah dibahagikan kepada beberapa unit pentadbiran yang lebih kecil dikenali sebagai mukim yang diketuai oleh seorang penghulu dan peringkat yang paling bawah ialah kampung yang dikenali sebagai ketua kampung. Kapitan Cina dilantik bagi menjaga kepentingan orang Cina dan Penghulu Dagang dilantik bagi memelihara kepentingan masyarakat di Kepulauan Melayu.

11. Sultan..dan pembesar kehilangan kuasa dalam pemerintahan, sebaliknya Residen yang berkuasa menjalankan pentadbiran di negeri dan Pegawai Daerah di daerah. Contohnya pentadbiran British mempengaruhi perlantikan Sultan Yusoff di Perak.

12. Sistem pentadbiran di Negeri-negeri Melayu yang bercorak tradisional telah digantikan dengan sistem birokrasi Barat.


Perubahan Ekonomi

1. Selain perubahan politik, pelaksanaan Sistem Residen juga membawa perubahan dan kemajuan dalam aspek ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Pembangunan ekonomi berkembang pesat kerana Residen bertanggungjawab memajukan sumber ekonomi seperti perusahaan bijih timah dan pertanian. Antara pertanian dagangan yang diperkenalkan ialah getah oleh Sir Hugh Low 1877. Pada tahun 1888 H.N.Ridley, memperkenalkan kaedah torehan getah iaitu sistem Tulang Ikan Hering. Penanaman kopi juga diperkenalkan di Perak dan Selangor.

2. Residen mewujudkan satu sistem pungutan cukai dan hasil dalam negeri. Pembesar
daerah tidak boleh mengutip cukai. Cukai diurus oleh pemungut cukai atau majistret.

3. Memperkenalkan dasar tanah yang lebih liberal membolehkan pembukaan lombong
bijih dan kawasan pertanian. Kerajaan mendapat sumber hasil daripada cukai.
Contohnya, pada tahun 1890 W.E. Maxwell, Residen British di Selangor telah
memperkenalkan peraturan tanah.

4. Undang-undang buruh yang longgar telah menggalakkan kemasukan buruh asing bekerja di sektor perlombongan dan pertanian dagangan.

5. Memperkenalkan dasar ekonomi kapitalis dan sistem kewangan moden seperti penubuhan Chartered Bank 1875 di Taiping dan Kuala Lumpur. Pinjaman wang menggalakkan pelaburan di sektor ekonomi komersil. Contohnya, pemodal British semakin banyak membuka lombong di Lembah Kinta. Perkembangan pesat sektor perlombongan bijih timah berkait rapat dengan kemajuan dalam sistem pengangkutan.

Perubahan Sosial

1. Dari segi social, Sistem Residen yang diperkenalkan telah membawa kepada pertambahan penduduk yang pesat di negeri-negeri Melayu. Pelaksanaan dasar buruh yang longgar dan galakan British menyebabkan imigran Cina dan India secara beramai-ramai datang ke Tanah Melayu. Kedatangan imigran ini menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

2. Perkembangan bandar-bandar baru, seperti Ipoh, Kuala Lumpur, dan Seremban serta jurang social terus wujud antara bandar dan luar bandar.

3. Perkembangan pengangkutan melibatkan jalan raya dan jalan keretapi yang telah dibina menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan ladang-ladang getah dengan bandar dan pelabuhan.

4. Landasan keretapi yang pertama dibina di Perak menghubungkan Taiping ke Port Weld pada tahun 1885 dan Kuala Lumpur ke Bukit Kuda pada tahun 1886. Di samping itu perkhidmatan telefon.-dan telegraf turut diperkenalkan di Perak pada tahun 1876 dan diperluaskan ke Kuala Lumpur pada tahun 1891.

5. Perkhidmatan kesihatan mula diperkenalkan pada tahunl878 dengan pembinaan hospital di Taiping dan Kuala Lumpur. Menjelang 1896, Perak mempunyai 15 buah hospital dan Selangor mempunyai 14 buah hospital.

6. Sistem perhambaan dan buruh paksa dihapuskan oleh Sir Hugh Low di Perak pada tahun 1884

C. KESIMPULAN

a. Sistem Residen berjaya membawa perubahan di Perak dan Selangor dalam aspek politik. Selain itu Sistem Residen juga membawa perubahan dalam aspek, ekonomi dan social. Walaupun ada kebaikan, tidak dinafikan kelemahan yang wujud telah menimbulkan penentangan oleh sultan dan pembesar terhadap sistem tersebut.
b. Sistem Residen berlansung sehingga 1895 dan kemudian digantikan dengan Negeri - negeri Melayu Bersekutu pada Julai 1896.

2 comments:

  1. sir, blog sir sangat membantu, tapi boleh x sir sertakan sekali dia punya rujukan dari mana?...tq sir

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh x bg note perubahan dari segi perundangan dalam sistem residen?????

      Delete