Monday, June 7, 2010

Bincangkan kesan-kesan Perjanjian Yandabo (1826) di Burma dan Perjanjian Kanagawa (1854) di Jepun.

A. PENGENALAN

1. Perang British-Burma Pertama yang berlaku pada tahun 1824 telah berakhir dengan Perjanjian Yandabo pada tahun 1826 apabila perjanjian tersebut ditandatangani di antara kerajaan Burma dengan pihak berkuasa British pada 24 Februari 1826.

2. Manakala Perjanjian Kanagawa pula ditandatangani pada bulan Mac 1854 apabila Jepun menerima ancaman daripada Amerika Syarikat supaya menerima dan membuka pintu kepada kuasa barat di Jepun.

3. Kedua-dua perjanjian tersebut kemudiannya telah merintis dan membuka jalan kepada perjanjian lain dengan kuasa barat sama ada secara paksa atau sukarela. Yang jelas kedua-dua perjanjian tersebut telah membawa pelbagai kesan kepada kedua-dua negara tersebut.


B. ISI

Perjanjian Yandabo 1826

1. Syarat-syarat Perjanjian Yandabo.

i. Kerajaan Burma dikehendaki menyerahkan wilayah Arakan, Tanneserim, Assam, Manipur dan Cachar kepada British.

ii. Kerajaan Burma bersetuju menggugurkan semua tuntutan ke atas Assam, Manipur dan Cachar serta berjanji tidak akan campur tangan dalam hal-ehwal negeri tersebut.
iii. Kerajaan Burma tidak boleh melakukan sebarang serangan ke atas Siam.
iv. Kerajaan Burma diwajibkan membayar ganti rugi ekoran peperangan yang meletus sebanyak 10 juta rupee.
v. Pihak berkuasa British akan menempatkan seorang Residen di ibu kota Burma. vi. Kerajaan Burma akan menempatkan seorang duta di Calcutta.
vii. Sate perjanjian perdagangan yang berasingan akan dibuat antara British dengan kerajaan Burma.


2. Kesan-kesan Perjanjian Yandabo.

i. Perjanjian ini telah mengaibkan raja dan rakyat Burma. Kemenangan British dalam peperangan British-Burma Pertama telah menghancurkan perasaan angkuh orang-orang Burma.

ii. Perjanjian Yandabo ternyata memihak kepada British. Burma terpaksa menerima seorang duta diplomatik di ibu negerinya dan menghantar duty Burma ke Calcutta.

iii. Perjanjian juga membawa maksud Burma mesti menerima British sebagai sebuah
kuasa yang sama dengan mereka. Ini merupakan satu tamparan yang besar kepada Dinasti Konbaung yang selama ini memusuhi British.

iv. Kemenangan British dalam peperangan dengan Burma menyebabkan banyak wilayah Burma yang kaya dengan somber pertanian terutama di wilayah Burma Hilir telah jatuh kepada pihak British. Wilayah-wilayah ini menjadi tapak untuk meluaskan kuasa British ke seluruh Burma.
v. Perjanjian ini ternyata menguntungkan British dan merugikan Burma serta membawa kepada berlakunya Perang British-Burma Kedua.

Perjanjian Kanagawa 1854

1. Syarat-syarat Perjanjian Kanagawa.

i. Kerajaan Jepun terpaksa membuka dua buah pelabuhan utama kepada kapal Amerika Syarikat iaitu pelabuhan Shimoda dan Hakodate bagi mendapatkan bekalan dan berdagang. Amerika Syarikat akan diberi hak layanan "most favoured nation ".

ii. Kerajaan Amerika Syarikat diberi kebenaran untuk melantik seorang konsul di Shimoda.

iii. Kesemua anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun hendaklah diberi layanan yang balk dan sempuma.

2. Kesan-kesan Perjanjian Kanagawa.

i. Aspek Politik

a. Berlakunya perubahan dasar di Jepun. Perjanjian ini telah menamatkan dasar tutup pintu yang diamalkan oleh Shogun Tokugawa. Perjanjian seterusnya dibuat dengan negara­negara lain bagi tujuan menjalin hubungan diplomatik seperti British pada tahun 1854, Russia 1855 dan Belanda 1856.

b. Perjanjian kedua diadakan dengan Amerika Syarikat pada tahun 1858 yang dikenali dengan Perjanjian Townsend Hams. Ekorannya beberapa buah pelabuhan lain dibuka
kepada pedagang asing seperti pelabuhan Kobe, Nagasaki, Kanagawa dan Niigate. Seorang menteri ditempatkan di Edo (Tokyo).

c. Jatuhnya Shogun Tokugawa. Suku-suku barat seperti Toza, Tozama, Choshu dan Hizen telah bangkit menentang Shogun yang akhirnya memaksa Shogun Keiki menyerah kuasa kepada Maharaja Meiji pada tahun 1867.

d. Penguasaan Maharaja Meiji dalam pentadbiran akhirnya membawa kepada dasar pemodenan Jepun yang mencakupi bidang politik, ekonomi dan sosial pada tahun 1868.

ii. Aspek Ekonomi

a. Ekonomi Jepun berkembang dengan pesatnya kesan daripada kemunculan ekonomi komersial akibat daripada perdagangan asing.

b. Kemunculan ekonomi komersial telah membawa kepada kebangkitan golongan "Zaibatsu" baru yang terus memajukan lagi ekonomi moden Jepun.

c. Pihak pengusaha barat dibenarkan berurusniaga melalui pihak berkuasa Jepun di bawah peraturan pelabuhan tersebut.


iii. Aspek Sosial

a. Kesan kemasukan pengaruh dan budaya barat, tersebarlah agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh kristian. Malah masyarakat luar juga telah dibenarkan mengamalkan agama masing-masing.

b. Perjanjian ini juga telah merintis kepada pemulihan kuasa maharaja Jepun yang akhimya membawa kepada pemodenan negara Jepun.

C. KESIMPULAN

a. Ternyata bahawa kedua-dua perjanjian tersebut telah memberi kesan yang berbeza kepada kedua-dua negara sama ada, dari segi politik, ekonomi mahu pun sosial.

b. Perjanjian Yandabo telah secara langsungnya memberi keuntungan kepada pihak British terutama dalam usaha menguasai sumber di bumi Burma. Pengaruh politik dapat dikembangkan sehinggalah keseluruhan Burma jatuh ke tangan British setelah berakhimya Perang British-Burma Ketiga.

c. Berbanding dengan kerajaan Jepun, Perjanjian Kanagawa telah secara langsungnya membuka peluang kepada kerajaan Jepun untuk mengubah haluan menjadi negara maju khususnya apabila Maharaja Meiji melaksanakan dasar pemodenannya pada tahun 1868.

1 comment:

  1. lelangit straberyMay 7, 2011 at 12:44 AM

    boleh kew spesifikkan lagi perjanjian kanagawa??

    ReplyDelete