Saturday, June 5, 2010

Bincangkan perubahan-perubahan perlembagaan di Tanah Melayu antara tahun 1946 hingga 1955.

A. PENGENALAN:
1. Setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua, British telah kembali untuk mentadbir Tanah Melayu dan memperkenalkan beberapa perlembagaan baru.
2. Antara perlembagaan-perlembagaan tersebut ialah memperkenalkan dan melaksanakan Malayan Union 1946, Persekutuan Tanah Melayu 1948, Sistem Ahli 1951, pilihanraya Majlis Tempatan (1951 hingga 1952) dan Pilihanraya Umum 1955.
3. Tujuan utama British melaksanakan perlembagaan-perlembagaan ini untuk memberikan pengalaman serta peluang pentadbiran kepada penduduk-penduduk di Tanah Melayu ke arah kemerdekaan.

B. ISI:
A) Malayan Union 1946
a. Malayan._.. Union (MU) - merupakan satu bentuk . - pentadbiran yang diperkenalkan oleh British antara tahun 1946 hingga 1948. Sir Harold Mac Michael telah ditugaskan untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu. MU telah diisytiharkan secara rasmi pada 1 April 1946 tanpa kehadiran raja¬raja Melayu. Orang-orahg Melayu telah membantah pengenalan MU ekoran daripada ciri-ciri perlembagaannya seperti: i. Dari segi pentadbiran, Malayan Union menggabungkan semua negeri¬
negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat kecuali Singapura yang akan
ditadbir berasingan dan menjadi tanah jajahan mahkota British. MU akan
diketuai oleh seorang Gabenor British yang berpusat di Kuala Lumpur.
Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Kerja telah dibentuk untuk
melicinkan lagi pentadbiran.
ii. Dari segi kedudukan raja-raja Melayu, raja-raja Melayu hilang kedaulatan mereka terutama dari segi pentadbiran kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja
iii. Dari segi kewarganegaraan, perlembagaan MU telah melonggarkan syarat¬syarat kewarganegaraan melalui prinsip 'Jus Soli' iaitu semua orang akan dianggap warganegara jika tinggal di negara tersebut. Selain itu, warganegara juga akan diberikan kepada mereka yang memohon dan layak.
b. Perlembagaan MU ini telah ditentang hebat oleh orang-orang Melayu dan British menggantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

B) Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948
a. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan Malayan Union. PTM terdiri daripada gabungan sembilan buah negeri Melayu dan akan ditadbir oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British yang berpusat di Kuala Lumpur. PJT akan dibantu oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Kerja.
b. Dalam perlembagaan PTM, kedudukan dan keistimewaan raja-raja Melayu telah dipulihkan, sekaligus mengembalikan semula hak keistimewaan orang¬orang Melayu.
c. Pemberian taraf kewarganegaraan juga telah diperketatkan semula. Kewarganegaraan boleh diperolehi secara automatik bagi meereka yang dilahirkan di Malayan Union dan juga melalui permohonan. Mereka yang tinggal di Tanah Melayu 8 hingga 12 tahun, atau menetap di Persekutuan antara 15 hingga 20 tahun juga layak memohon.
d. Perlembagaan PTM telah mendapat reaksi yang positif daripada orang-orang Melayu. Walau bagaimanapun, PTM tidak sempat dilaksanakan sepenuhnya ekoran daripada tindakan British mengisytiharkan Tanah Melayu dalam keadaan darurat pada April 1948. Darurat diisytiharkan ekoran daripada tindakan PKM melancarkan pemberontakan bersenjata pada 16 Jun 1948 di Perak.

C) Sistem Ahli (1951)

a. British juga cuba memperkenalkan Sistem Ahli pada tahun 1951. Tujuannya adalah memberikan pendedahan pentadbiran untuk rakyat di Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
b. Sistem Ahli terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelbagai kaum yang dilantik oleh British menjadi anggota Majlis Perundangan Persekutuan dengan harapan dapat memberikan latihan dan pengalaman untuk mentadbir.
c. Pada tahun 1951, keanggotaan Sistem Ahli terdiri daripada 3 orang Melayu, seorang cina dan seorang India (Sri Lanka). Pada tahun 1954, keanggotaannya telah bertambah menjadi 8 orang iaitu:
• Dato Onn bin Jaafar - memegang portfolio Hal Ehwal Dalam Negeri
• Dr Lee Tiang Keng - portfolio Kesihatan
• Dato E.E.C Thuraisingam-portfolio Pelajaran
• Dato Nik Alunad Kamil - portfolio kerajaan tempatan dan perancang Bandar
• Kolonel H. S Lee - Pengangkutan
• Dr Ismail Ab Rahman - Hasil Bumi
• Mustafa Al Bakri Hassan - Perhubungan Industri dan Masyarakat
• V.M.N Menon - Pos dan Telekom
d. Mereka diberi tanggungjawab mengetuai portfolio British di Tanah Melayu pada waktu itu. Pengenalan Sistem Ahli ini telah mewujudkan perpaduan

antara kaum terutama selepas pembentukan Parti Perikatan iaitu parti gabungan antara Umno dan MCA.

D) Pilihanraya Majlis Tempatan 1951-1952
a. Untuk menarik minat orang-orang Cina menyokong pentadbirannya, British telah memperkenalkan pilihanraya Majlis Tempatan di Pulau Pinang 1951 dan Kuala Lumpur pada tahun 1952.
b. Pada masa ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada gabungan UMN0 dan MCA telah ditubuhkan untuk menguasai Majlis Tempatan ini. Parti Perikatan telah berjaya mengalahkan Parti Negara dengan menguasai 9 daripada 12 kerusi.

E) Pilihanraya Umum 1955

a. Kejayaan pilihanraya Majlis Tempatan telah mendorong British melaksanakan Pilihanraya Umum pada tahun 1955.
b. Dalam pilihanraya ini, tiga buah parti politik terbesar telah bertanding iaitu Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC, Parti Negara (IIvIP) dan Parti Islam Se Malaya (PAS).
c. Sebanyak 52 kerusi dipertandingkan. Parti Perikatan telah berjuang menggunakan slogan. Dengan itu, Parti Perikatan telah berjaya menarik sokongan penduduk-penduduk di Tanah Melayu.
d. Akhirnya dalam pilihanraya pada 27 Julai 1957, Parti Perikatan telah berjaya menguasai 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Satu kerusi dimenangi oleh PAS iaitu di Perak. Pada 31 Julai 1957, satu kabinet telah ditubuhkan dan Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan yang pertama.

C) KESIMPULAN:

1. Sebagai kesimpulannya kita dapati, perlembagaan-perlembagaan yang dilaksanakan oleh British ini telah berjaya membuka mata orang-orang Melayu ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.
2. Rundingan-rundingan kemerdekaan telah dilakukan antara pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dengan kerajaan British mulai Januari 1956. Dalam rundingan tersebut, Perdana Menteri British telah berjanji memberikan kemerdekaan sepenuhnya kepada Tanah Melayu setahun selepas rundingan ini.
3. Akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu-telah diisytiharkan merdeka oleh British dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri yang Pertama.

No comments:

Post a Comment