Tuesday, July 26, 2011

BINCANGKAN SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH MELAYU PADA ABAD KE-19

A. PENGENALAN

i Perluasan kuasa British selepas 1874 telah mewujudkan kestabilan politik yang membolehkan eksploitasi ekonomi sepenuhnya.
- British menggalakkan lebih ramai orang cina berhijrah masuk kerana permintaan bijih timah yang meningkat di Eropah
- Untuk mempercepatkan lagi pengeluaran lagi pengeluaran hasil ladang terutama getah, kaum Tamil telah dibawa masuk ke negara ini dari India.
atau

ii Masyarakat majmuk adalah masyarakat berbilang kaum yang tingal berdampingan daripada bercampur-gaul tetapi membentuk satu kependudukan hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan.

B. Kemunculan Masyarakat Majmuk Di Negeri-Negeri Melayu

1. Petempatan (termasuk Dasar British): (5 markah)
i) Bilangan terbesar orang Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar.
- Orang cina di kawasan bandar dan lombong-lombong bijih timah (Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban)
- Orang India(terutamanya Tamil) di ladang-ladang getah.
ii) Perpisahan juga wujud di bandar. Terdapat satu-satu kawasan di bandar-bandar menjadi tumpuan satu satu golongan etnik.
( Di Kuala Lumpur: orang Cina di Pudu, orang India di Sentul dan orang Merlayu di Kampung Bharu).

Hampir di setiap bandar besar terdapat komuniti Chettiar (peminjam wang).
- Terdapat juga buruh India dalam perkhidmatan pelabuhan (Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang), Kereta api Tanah Melayu dan Jabatan Kerja Raya.
- Orang Selon kebanyakannya dibawa masuk untuk bekerja sebagai kerani. Kakitangan kereta api dan pembantu hospital.
iii) British menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina. Kehadiran mereka mewujudkan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.


2. Perkembangan Ekonomi (5 markah)

Memang benar jika dikatakan bahawa perkembangan ekonomi yang semakin pesat ini telah mengubah keadaan dan ia memainkan peranan penting dalam kewujudan masyarakat majmuk.
- Oleh kerana buruh tempatan tidak mudah diperoleh, maka sebilangan besar kaum buruh terpaksa dibawa masuk dari negeri China, India dan sebahagian kecil dari kepulauan Melayu.
- Perkembangan kegiatan perusahaan bijih timah dan getah( perlu dijelaskan.)

3. Pengasingan dari segi agama dan amalan kebudayaan:
Agama sememangnya merupakan satu lagi unsur pembahagian masyarakat ini. Setiap etnik memeluk satu agama. Islam bagi orang Melayu, agama Hindu dianuti oleh sebilangan besar orang India dan orang Cina menganut ajaran Buddha/ Kung Fu Tze.

4. Sistem pelajaran yang berbeza.
Pada peringkat awal Pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Kaum Cina adalah bersikap dan bersemangat kecinaan. Orang Cina mengambil alih pelajaran Cina. Sekolah Cina bukan sahaja menggunakan bahasa Cina (mulai 1920-an:mandarin) gurunya didatangkan dari negeri China, buku teks dan kurikulumnya berasaskan kepada kurikulum negeri China.
Sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. Pelajaran Tamil hanya terhad kepada pelajaran rendah sahaja.

5. Institusi-institusi sosial dan budaya:
Institusi-institusi sosial dan budaya seperti persatuan-persatuan sosial, keagamaan tumbuh di tempat kediaman masing-masing menyebabkan masyarakat ini hidup sebagai satu komuniti tersendiri.
Bilangan orang Melayu meningkat disebabkan oleh kemasukan orang Melayu dari Kepulauan Melayu seperti orang Jawa, Minangkabau, Banjar, Bugis, Mendaling dan sebagainya. Disebabkan terdapat persamaan dari segi agama, mereka digolongkan dalam istilah Melayu.

Kesimpulan.
Dengan ini terdapat tiga masyarakat yang utama di negeri-negeri Melayu selepas 1874 pengkhususan pekerjaan, kebudayaan, bahasa dan agama merupakan faktor yang membawa kepada pembahagian yang ketara diantara satu golongan etnik dengan yang lain.

No comments:

Post a Comment