Tuesday, July 26, 2011

Bincangkan peranan kesusasteraan dan kewartawanan dalam kebangkitan nasionalisme orang-orang meleyu sehingga tahun 1941

A. PENGENALAN

1. J.S. Coleman memberi takrif nasionalisme sebagai perasaan, kegiatan dan perkembangan organisasi yang ditujukan ke arah pemerintahan sendiri dan kemerdekaan sebagai sebuah Negara bangsa yang wujud dengan taraf sama rata atau dalam satu sistem politik antara bangsa. Kesedaran nasionalisme orang melayu bermula dengan keinginan dan keazaman semenjak awal abad ke-20 lagi. Ia bertujuan untuk menghalau penjajah British dan berkerajaan sendiri.

2. Golongan nasionalisme telah menggunakan hasil-hasil kesusasteraan untuk
menyedar dan menyatukan orang Melayu supaya cintakan tanah air.

3. Perpaduan yang dibentuk melalui kesusasteraan telah menjadi pemangkin terhadap kesedaran
orang Melayu dalam aspek ekonomi, politik dan sosial.

4. Golongan wartawan juga menyebar semangat nasionalisme melalui media massa seperti
Akhbar, majalah, novel dan lain-lain. Penerbitan akhbar dan majalah telah membuka minda
orang Melayu agar memperjuangkan hak mereka dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

5. Memang tidak dapat dinafikan kesusasteraan dan kewartawanan telah membangkitkan
semangat nasionalisme orang-orang Melayu untuk menentang British.


B.ISI

a.Peranan Kesusasteraan

1. Kesusasteraan telah membangkitkan kesedaran dalam kalangan orang-orang Melayu tentang
Kemunduran mereka berbanding dengan kaum-kaum asing. Hasil-hasil kesusasteraan
Menyeru orang-orang Melayu memajukan diri dengan ilmu agar dapat membebaskan diri
daripada cengkaman penjajah. Hasil-hasil karya penulisan oleh tokoh-tokoh intelektual di
muatkan dalam akhbar dan majalah.

2. Idea kesedaran akan kemunduran bangsa disebarkan melalui novel dan majalah-majalah.
Misalnya ‘Hikayat Faridah Hanum’ oleh Syed Sheikh Al Hadi pada tahun 1925 menekankan
Kepentingan pendidikan serta emansipasi wanita. Novel ‘ Iakah Salmah’ oleh Ahmad Rashid
Talu juga menyuarakan perihal kebebasan wanita hak untuk mendapat pelajaran. Ishak Haji
Muhammad menulis novel ‘ Dari Perangkap Ke Penjara’ dan cerpen ‘Rumah Besar Tiang
Seribu’. Kedua-dua novel dan cerpen ini memberi gambaran tentang kehidupan orang Melayu
Yang terlalu banyak menumpukan kepada soal-soal agama dan tidak mencurigai kaum Cina
yang membolot sumber ekonomi di negara mereka.

3. Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) sebagai pusat latihan untuk bakal guru-
guru di Sekolah Melayu telah memberi sumbangan yang besar ke arah kebangkitan kesedaran
nasionalisme.

4. Pengunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI) telah memperkayakan penggunaan dan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu, sekaligus menaikkan semangat perpaduan dalam kalangan orang Melayu.

5. Lepasan MPSI bertindak sebagai pelopor gerakan kemajuan dalam masyarakat, seterusnya
membangkitkan semangat nasionalisme.

6. Perkembangan dan kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang Melayu semakin
meningkat dengan wujudnya Pejabat Karang Mengarang di MPSI yang bertanggungjawab
terhadap usaha penterjemahan penerbitan dan penyuntingan buku Bahasa Melayu.

7. Golongan nasionalisme lulusan MPSI yang banyak membaca tulisan daripada negara
Indonesia telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap dasar pemerintahan British
melalui tulisan dalam akhbar dan majalah.

8. Mereka menulis rencana untuk menyedarkan orang Melayu supaya berusaha mencapai
kemajuan. Antara tokoh yang giat menulis ialah Za’ba (Zainal Abidin bin Ahmad) yang
mengkritik sikap orang Melayu yang tidak mahu memajukan diri sendiri. Antara tajuk
tulisannya ialah ‘The Power of Malays’ dan ‘The Salvatation of Malays’

9. Harun Aminurrashid pula menulis novel ‘ Melor Di Kuala Lumpur’ yang bertemakan orang
Melayu dan memerlukan perubahan bagi mencapai kemajuan, turut berperanan dalam
membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan orang Melayu.

10. Demikian juga, karya-karya seperti ‘Putera Gunung Tahan’ (1937) oleh Pak Sakor,
‘Alam Perempuan’ oleh Kasim Amin Bey turut membangkitkan kesedaran dalam kalangan
orang Melayu.


b. Peranan Wartawan

1. Melalui akhbar dan majalah seperti Al Ikhwan, Saudara, warta Malaya, Majlis dan
sebagainya, para wartawan bertanggungjawab memberi kesedaran politik, ekonomi, dan
sosial kepada masyarakat. Akhbar sebagai wadah orang Melayu berhubung hak orang
Melayu. Sepanjang 1930-1940 terdapat 18 buah akhbar dan majalah di terbitkan di Tanah
Melayu.

2. Akhbar Al Ikhwan yang diterbitkan di Pulai Pinang menyedarkan masyarakat akan
kepentingan semangat cintakan tanah air di samping mengandungi idea-idea pembaharuan
dan peningkatan taraf pendidkan taraf penduduk khususnya di kalangan wanita.

3. Akhbar Saudara yang di terbitkan di Pulai Pinang pada 1928 menonjolkan isu-isu keagamaan.
Ia lantang mengkritik orang Melayu yang enggan menerima perubahan agama dan sosial.
Tulisan-tulisannya telah menyedarkan orang Melayu supaya menjaga kepentingan negeri
daripada dikuasai oleh orang asing.
4. Warta Malaya yang diterbitkan di Singapura pada 1930 menyiarkan tentang kemunduran
sosio-ekonomi masyarakat Melayu yang memerlukan pembelaan. Ia juga menuntut supaya
orang Melayu diberi peluang dalam pentadbiran kerajaan yang banyak dikuasai oleh British
disamping peluang mendapatkan pelajaran.

5. Akhbar Majlis yang diterbitkan di Kuala Lumpur pada 1931 membicarakan isu politik secara
meluas dan membincangkan tentang hak-hak orang Melayu sebagai bumiputera di tanah air
sendiri.

6. Wartawan yang berperanan menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu
ialah Ibrahim Haji Yaakub, pengarang ‘Warta Malaya’ dan ‘Majlis’.Wartawan lain yang
meniup semangat nasionalisme ialah Ishak Haji Mohammad(Pak Sako) yang menulis rencana
tentang kehidupan orang Melayu dibeberapa buah negeri seperti Pahang. Pak Sako merupakan
pengarang Utusan Melayu pada tahun 1939 menghasilkan novel ‘Putera Gunung Tahan’ yang
membidas kerajaan British dan dasar-dasarnya. Beliau juga menulis ‘Anak Mat Lela Gila’ yang
senada dengan novel ‘Putera Gunung Tahan’.

7. Wartawan yang terkenal ialah Abdul Rahim Kajai.Beliau memimpin beberapa buah akhbar
Utama di tanah Melayu termasuk Utusan Melayu yang diterbitkan olehnya bersama-sama Pak
Sako pada tahun 1939. Beliau mengutarakan beberapa isu khususnya kerakyatan, ancaman
Komunis, perjuangan kemerdekaan dan sebagainya. Tokoh-tokoh lain ialah Ibrahim Haji
Yaacob, Ahmasd Boestaman bin Raja Kecil dan Dr. Burhanuddin Al Helmi.

8. Perjuangan golongan wartawan ini menimbulkan kesedaran masyarakat Melayu terhadap
politik. Hal ini jelas kemudiannya apabila munculnya banyak pertubuhan politik kenegerian
seperti Pahang, Perak, Kelantan dan Selangor.


C.KESIMPULAN

1.Maka jelaslah kesusasteraan dan kewartawanan memeainkan peranan penting dalam
menyedarkan masyarakat Melayu tentang nasionalisme.

2.Selepas penduduk Jepun, kewartawanan semakin mempengaruhi gerakan nasionalis-
nasionalis Melayu khasnya isu penubuhan Malayan Union.

3.Bahkan, ia juga membawa kepada kelahiran Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) dengan lebih berani, terancang dan berkesan sehingga berjaya mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


1 comment: