Tuesday, August 10, 2010

BINCANGKAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU SEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH

Pendahuluan

Sebelum campur tangan British, sistem politik yang diamalkan di Tanah Melayu berasaskan kepada sistem politik tradisional dan berhierarki. Umumnya sistem politik kesultanan Melayu dapat dipecahkan kepada tiga iaitu pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.

Isi

1. Pentadbiran peringkat negeri mempakan unit terpenting dalam sistem politik Melayu. Dalam pentadbirannya, sultan akan dibantu oleh pembesar bagi melicinkan urusan pentadbiran.

2. Sultan memiliki kuasa tertinggi dan memerintah secara mutlak serta berkuasa penuh sama ada dalam negeri hatta meliputi jajahan takluknya. Kedudukan sultan diperkukuhkan dengan konsep daulat, memiliki keistimewaan tertentu serta mempunyai cop mohor sebagai lambang kekuasaannya. Antara keistimewaan sultan merangkumi penggunaan bahasa, alat kebesaran, wama dan sebagainya. Sultan akan melantik kalangan putera yang sulung untuk menggantikannya selepas kemangkatannya

3. Pentadbiran peringkat daerah merupakan unit politik kedua terbesar. Pemecahan negeri kepada unit lebih kecil iaitu daerah atau jajahan adalah bermatlamat melicinkan umsau pentadbiran. Pemilihan pembesar untuk mentadbir daerah ditentukan oleh sultan berdasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu yang dimilikinya dan banyak berjasa kepada sultan.

4. Setiap pembesar yang dilantik akan dianugerahkan surat tauliah dan cop mohor oleh sultan sebagai lambang kekuasaannya terutama di wilayah tadbir atau kawasan pegangannya.Misalnya Dato' Bahaman diberi tauliah mentadbir wilayah Semantan.

5. Pembesar peringkat daerah akan bertanggungjawab terhadap raja sama ada dalam aspek menyediakan tenaga kerja, menyelesaikan perselisihan antara rakyat, menjaga keamanan dan keselamatan, pelaksanaan hukuman, mengutip cukai dan bekalan tenaga tentera.
6. Unit pentadbiran paling kecil dalam sistem politik Melayu tradisional ialah kampung. Unit politik kampung biasanya didiami oleh golongan rakyat yang bergiat dalam kegiatan ekonomi sara diri. Mereka merupakan pengikut setia dan penyokong kepada golongan peinbesar.

7. Pentadbiran peringkat kampong diketuai oleh Penghulu atau Tok Kweng. Mereka dilantik oleh pembesar berdasarkan kepercayaan dan keakraban hubungannya. Penghulu yang dilantik akan diberikan surat tautiah oleh sultan. Penghulu akan melaksanakan tugan-tugasnya di peringkat kampong dan bertanggungjawab kepada pembesar di peringkat daerah. Penghulu akan melaksanakan tanggungjawabnya meliputi soal kutipan cukai, menyelesaikan masalah rakyat di kampungnya dan taat setia kepada sultan.


Kesimpulan
Masyarakat Melayu tradisional mempunyai satu unit politik yang tersusun dan bersistematik sebelum kedatangan British.Namun begitu, unit politik ini mula tergugat dan berubah apabila British memperkenalkan sistem birokrasi pentadbiran Barat. Akibatnya raja dan pembesar Melayu telah kehilangan kuasa terutama dalam politik dan ekonomi.

4 comments:

  1. tqq...good information 4 us ...hehehheheeh

    ReplyDelete
  2. good one cikgu.....

    ReplyDelete
  3. tqvm.. byk mbantu.. :))

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas maklumat yang telah diberikan.Ianya dapat membantu saya dalam tugasan 3 iaitu esei..

    ReplyDelete