Saturday, July 31, 2010

Huraikan bagaimana pendudukan Jepun 1941-1945 di Filipina dan Myanmar tlh mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalisme di kedua-dua negara tersebut

A. PENGENALAN

1. Mulai tahun 1932 tentera Jepun mula menguasai arena politik negaranya. Perdana Menteri Jepun ketika itu Jeneral Tojo Hideki tealah memulakan dasar perluasan kuasa dan empayer ke Asia Pasifik.
2. Implikasinya beberapa buah negara di Asia Tenggara termasuk Filipina dan Myanmar telah jatuh ke tangan Jepun.
3. Zaman pendudukan Jepun 1941-1945 di Filipina dan Myanmar telah member kesan yang besar kepada gerakan nasionalisme di kedua-dua negara tersebut.

B. ISI

1. FILIPINA

a. Sepanjang pendudukan Jepun di Filipina, suatu, suasana baru telah diwujudkan kepada rakyat dan nasionalis tempatan bagi tujuan meraih sokongan. Bagi tujuan tersebut Jepun telah membentuk sebuah Suruhanjaya Eksekutif Filipina dengan harapan dapat memberi peluang kepada pemimpin Filipina untuk melibatkan diri dalam pemerintahan negara. Pengalaman ini sememangnya amat berguna kepada pemimpin tempatan untuk mentadbir dan memerintah sendiri kelak.

b. Antara tokoh-tokoh yang menganggotai suruhanjaya tersebut seperti Jorge B. Vargas, Benigno Aquino, Antonio de Las Alas dan Jose P. Laurel. Malah tokoh-tokoh inilah yang kemudiannya bertindak sebagai pemimpin tempatan.

c. Bagi mengukuhkan lagi kedudukan di Filipina, satu pertubuhan khas telah dibentuk yang dikenali Hodoo-Bu. Badan ini bertujuan untuk menyebarkan risalah-risalah perpaduan dalam kalangan negara di Asia dan seterusnya diharap dapat meraih sokongan rakyat untuk rnenentang pihak Berikat.

d. Jepun juga berhasrat menyatupadukan seluruh kakitangan awam di Filipina. Atas dasar itu satu pertubuhan yang dikenali KALIBAPI telah ditubuhkan. Pertubuhan ini kemudiiannya menjadi penggerak yang berkesan dalam usaha berpemerintahan sendiri.

e. Dasar sederhana Jepun terhadap beberapa pertubuhan politik telah memberi peluang dan kesempatan untuk beberapa pertubuhan seperti Persatuan Bantuan Wanita, Institusi Buruh Filipina dan Persatuan Kebajikan Jepun merancang dan bertindak berdasarkan keperluan mereka.

f. Lanjutan daripada itu sebuah parti berhaluan kiri dikenali sebagai Hukbalahap di bawah pimpinan Luis Taruc telah bangkit dan menjadi penentang utama kepada pendudukan Jepun di Filipina. Malah kumpulan ini yang mendapat sokongan rakyat bawahan telah bergerak secara sulit dan berjaya melancarkan beberapa revolusi sehingga berjaya menawan kembali beberapa kawasan pertanian daripada tentera Jepun. Tanah-tanah tersebut kemudiannya dibahagikan kepada golongan petani yang memerlukannya. Hukbalahap juga turut memain peranan dalam menamatkan pemerintahan Jepun di Filipina

2. MYANMAR

a. Sebagaimana di Filipina, Myanmar juga mendapat suntikan kesan daripada pendudukan Jepun di negaranya walaupun hanya tiga setengah tahun berkuasa. Kemenangan Jepun telah menghancurkan sama sekali tanggapan bahawa British sebuah kuasa yang kuat. Sebaliknya kejayaan Jepun telah memberi kesedaran orang-orang Timur juga mampu bangkit dan berjaya serta berdikari untuk mengubah negara sendiri.

b. Bagi tujuan mengekalkan pentadbiran, Jepun telah bertindak menyatukan para nasionalis dalam satu pertubuhan dikenali Tentera Kemerdekaan Myanmar dengan harapan ianya akan dapat membentuk pentadbiran Myanmar yang merdeka.

c. Atas tujuan yang sama juga, Jepun telah menubuhkan Jawatankuasa Pentadbiran Pusat yang diketuai oleh Dr. Ba Maw. Usaha ini penting kerana ianya diharap dapat memberi keyakinan kepada nasionalis tempatan bahawa mereka juga mendapat mentadbir negara sendiri.

d. Bagi tujuan pengawalan yang lebih berkesan, Jepun telah bertindak menyatukan kesemua parti politik di Myanmar. Gabungan ini kemudiannya dikenali sebagai Dobama Sinyetha Asiayone yang kemudiannya ditukar kepada Maha Bama Asiayone. Gabungan ini walaupun telah bekerjasama dengan Jepun tetapi pada waktu yang sama telah mengadakan pakatan sulit dengan pihak yang menentang pendudukan Jepun.

e. Bagi mengambil hati penduduk tempatan, Jepun telah mengambil beberapa langkah ke arah berkerajaan sendiri. Nasionalis tempatan seperti Thakin Mya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Aung San dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

f. Kemuncak sepanjang pendudukan Jepun, pada 1 Ogos 1943 Myanmar telah diisytiharkan merdeka dan diberikan sebuah perlembagaan baru. Dr. Ba Maw telah dilantik sebagai Perdana Menteri. Pengisytiharan kemerdekaan ini telah menguatkan lagi azam nasionalis tempatan untuk mendapatkan kemerdekaan Myanmar daripada British selepas perang kelak.


g.
Slogan yang digunapakai "Asia Untuk Orang-orang Asia" dan "Keamanan Kemakmuran Bersama" telah menambah dan menguatkan lagi azam untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajah.

h. Pelbagai kekejaman dan penderitaan sepanjang pendudukan Jepun telah melahirkan semangat anti-Jepun, nasionalis-nasionalis tempatan telah bersatu di bawah Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis yang dipimpin oleh Aung San telah bergabung dan akhirnya menjadi sebuah pertubuhan berpengaruh dalam menuntut kemerdekaan negara.

i. Sepanjang pendudukan Jepun, bidang ketenteraan turut dimantapkan. Pembentukan Tentera Kebangsaan Myanmar di bawah Aung San dan Ne Win telah menyemarakkan lagi semangat dan keazaman mereka untuk berjuang mendapat kemerdekaan Burma.

KESIMPULAN

1. Jelas menunjukkan bahawa pendudukan Jepun telah memberi kesan yang besar kepada gerakan nasionalisme di Filipina dan Myanmar.

2. Dasar sederhana itu telah memberi peluang kepada nasionalis dan parti politik untuk menyebarkan idea kebangsaan yang bukan sahaja menentang imperialisme barat malah bersifat anti-Jepun.

No comments:

Post a Comment