Sunday, May 2, 2010

HURAIKAN HUKUM ADAT YANG DIAMALKAN DI INDIA DAN CHINA PADA ABAD KE 19

Pengenalan:

· Adat ialah satu system nilai yang telah dijadikan sebagai peraturan bagi mengawal perlakuan sesuatu masyarakat. Adat bertujuan mengekalkan keharmonian dan menjamin kesejahteraan anggota masyarakat.
· Melanggar adat bermakna melanggar nilai dan peraturan yang telah menjadi amalan
sesuatu masyarakat. Masyarakat yang melanggar adat akan menerima hukuman yang
ditentukan oleh adat dan dijalankan oleh Ketua Adat.
· Di China dan India, adat yang diamalkan mengalami perubahan dari semasa ke semasa.

B. ISI CHINA
· Masyarakat China tradisional mengamalkan adat secara meluas, bermula sejak dilahirkan hingga hari kematian. Kehidupan mereka dilingkungi oleh adat dan setup adat harus dipatuhi.
· Masyarakat China mengamalkan adat wanita hamil. Menurut adat ini, wanita hamil tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis sosial seperti perkahwinan dan pengebumian dari mina proses kehamilan sehingga 100 hari selepas tamat tempoh bersalin. Wanita baru melahirkan anak perlu berehat dan mengambil banyak makanan yang baik. Mereka dilarang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan mentah untuk mengelakkan jatuh sakit. Ini adalah untuk menjaga kesihatan ibu dan anak yang baru lahir.
· Masyarakat China juga mempunyai adat mengenai bayi atau anak kecil. Mengikut masyarakat China, semasa seorang bayi dilahirkan, anak tersebut telah berusia satu tahun dan semasa anak itu berusia satu tahun, dia dikira berusia dua tahun. Masyarakat China amat menitikberatkan pendidikan adat sejak kanak-kanak lagi, mereka ditekankan dengan ajaran Confucius dan menghormati keluarga.
· China amat mementingkan kaum lelaki. Malahan kepentingan ini diperlihat dalam adat mengenai anak lelaki. Menurut masyarakat China tradisional, anak lelaki cukup penting dalam sesebuah keluarga kerana anak lelaki akan mengekalkan nama keluarga. Manakala
A. anak perempuan yang berkahwin, secara langsung akan memutuskan hubungan dengan keluarganya dan menggunakan nama keluarga suaminya.
· Sementara itu, masyarakat Cina juga mempunyai adat mengenai anak perempuan. Anak perempuan akan sentiasa dikawal dan hanya tinggal di rumah sahaja. Untuk memastikan pengav/alan ke atas anak perempuan inidilaksanakan, kaki anak perempuan akan dibebat antara tiga hingga Lapan tahun. Ia menyebabkan pertumbuhan kaki tidak seimbangdan mengakibatkan mereka hanya mampu melangkah pendek semasa berjalan.
· Adat perkahwinan juga menjadi amalan masyarakat Cina. Menurut adat ini, pihak pengantin perempuan tidak mengadakan majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan hanya diadakan oleh pihak pengantin lelaki. Malahan. Perkahwinan sudah diatur sejak kecil untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
· Masyarakat Cina juga mengamalkan adat kow tow. Adat ini adalah sebagai satu cara
menghormati raja ketika menghadap raja. Rakyat akan meniarap Sembilan kali di
hadapa:n maharajaa sebagai penghormatan kepada pemerintah.
· Adat dan hokum adat mempunyai peranan dan sebagai garis panduan yang harus diikuti
setiap ahli masyarakat. Adat juga membentuk ikatan yang erat antara ahli masyarakat.
· Dengan kedatngan Barat, adat mengalami perubahan tetapi masih dikekalkan sehingga
hari ini.
India:
· Masyarakat India mengamalkan hokum adat yang yang berkaitan dengan pengaruh agama Hindu. Pengaruh agama Hindu banyak mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat India. Misalnya, mencecah madu yang dicampur dengan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh golongan Brahmin.
· Masyarakat India mempunyai adat khas bagi wanita hamil. Wanita hamil harus menjaga dirinya agar tidak melanggar pantang larang kerana perbuatan si ibu akan mempengaruhi anak dailam kandungannya. Si ibu tidak boleh melakukan perbuatan tidak baik seperti mengumpat, bergaduh dan sebagainya. Ia juga untuk melindungi ibu dan anaknya daripada dipengaruhi oleh kuasa jahat.masyarakat India amat mementingkan adat suttee. Adat ini diamalkansemasa seorang isteri kematiaii suaminya. Ia adalah merupakan satu pengorbanan diri sendiri oleh balu-balu Hindu di bawah timbunan kayu mayat suami­ suami mereka semasa upacarapengebumian. Adat ini diamalkan sebagai membuktikan kesetiaan seorang isteri terhadap suarninya.
· Pengamalan adat thuggee juga dilakukan dalam masyarakat India. la adalah satu system rompakan dan pembunuhan di jalan raya. Amalan ini dijalankan oleh kumpulan­kumpulan agama bersenjata dan meyamar diri dan mencekik pengembara hingga mati atas nama Dewi Kali.
· Masyarakat India tidak menyukai kelahiran bayi perempuan. Oleh yang demikian mereka melakukan adat pembunuhan bayi perempuan. Ini dilakukan untuk mengelakkan penderitaan seperti pemberian dowry semasa anak gadis mereka berkahwin kelak.
· Masyarakat India juga mengamalkan adat perkahwinan semula balu. Dalam adat ini, balu-balu dilarang berkawin semula selepas kematian swami dan tidak boleh menghias diri. Mereka hanya dibenarkan memakai sari putih sahaja. Malahan mereka juga tifak dibenarkan menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri.

C. Kesimpulan:
· Adat dan hukum adat mempunyai peranan dan sebagai garis panduan yang harus diikuti oleh setiap ahli masyarakat. Adat juga membentuk ikatan yang erat antara ahli masyarakat. Namun, hukum adat ini telah mengalamin perubahan besar ataupun ada yang dimansuhkan dengan kedatangan kuasa barat.

·

6 comments:

  1. terima kasih. saya share utk rujukan sy okay :)
    semoga Allah mmberkati kamu.

    ReplyDelete
  2. maklumat yg sgt membantu.. thank you yaa..
    wish me luck for stpm 2012.. ^_^

    ReplyDelete
  3. thanks...... semoga murah rezeki.....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas maklumat. dpt membantu menjawab sejarah 2 STPM.

    ReplyDelete