Sunday, April 25, 2010

BINCANGKAN PENGARUH AGAMA ISLAM DARI SEGI POLITIK, SOSIAL DAN EKONOMI MASYARAKAT MELAYU SEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH

A. PENGENALAN

1. Agama Islam merupakan agama yang menjadi anutan masyarakat Melayu di Tanah Melayu sejak abad ke-15.

2. Sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu, masyarakat di Tanah Melayu menganut agama Hindu dan Buddha. Islam telah berjaya mengubah masyarakat Melayu dari aspek politik, sosial dan ekonomi.

B. ISI

1. Pengaruh Agama Islam kepada Masyarakat Melayu dari segi Politik
a. Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem pemerintahan yang berasaskan agama Islam. Gelaran raja telah ditukar dengan gelaran Sultan yang bermaksud Sultan adalah khalifah Allah di muka bumi. Sultan adalah pelindung kepada agama Islam dan ketua agama Islam.
b. Dalam pentadbiran, sultan menggunapakai sistem pentadbiran yang berteraskan Al­Qur'an dan hadis. Sultan mendapat nasihat daripada pemimpin agama yang berperanan meniberi nasihat kepada Sultan dalam hal yang berkaitan dengan hukum syarak mazhab Shafie. Mereka adalah terdiri daripada Maharaja Kadi, Dato Mufti dan sebagainya. Di Terengganu menggunakan gelaran Tokku.

c. Dalam bidang perundangan, negeri-negeri Melayu menggunakan sistem perundangan Islam berasaskan hukum syarak mazhab Syafie yang terdapat di Perak, Johor, Terengganu. Hukum syarak yang digunakan termasuklah undang-undang jenayah, undang-undang muamalat. Contohnya Undang-undang Terengganu yang melaksanakan undang=undang syarak.

d. Dalam pertabalan sultan terdapat upacara menjunjung Al-Qur'an yang memberi signifikan yang besar kepada pemerintahan sultan di negeri-negerinya. Sultan wajib memerintah dengan adil dan saksama.
e. Sistem penggantian sultan yang mengutamakan kaum lelaki menjadi Sultan. Upacara pertabalan pengganti Sultan dilakukan sebelum almarhum dimakamkan.

f. Dalam melaksanakan pemerintahan, Sultan banyak merujuk kepada ulama-ulama dalam hal yang berkaitan hukum-hakam Islam.


2. Pengaruh Agama Islam dari segi Sosial
a. Islam membawa perubahan yang besar dari segi akidah iaitu konsep Allah Yang Maha Esa dan konsep ibadat yang lebih luas.
b. Islam membawa fahaman akliah atau rasional. Islam mengubah cara berfikir masyarakat Melayu daripada tahyul kepada bercorak akliah.

c. Kedatangan Islam juga mengubah pandangan masyarakat tempatan daripada tokoh agama Hindu seperti sami, ahli sihir, bomoh kepada tokoh-tokoh dan alim ulama Islam.

d. Adat dan undang-undang tempatan juga telah disesuaikan dengan ajaran Islam dan hukum syarak. Adat Perpatih dan Adat Temenggong yang diamalkan oleh masyarakat tempatan menggunakan sumber dari Al-Qur'an dan Hadis di samping berpandukan sumber hukum dari mazhab Shafie.

e. Amalan harian yang dilakukan oleh masyarakat tempatan juga telah diubahsuai dengan unsur-unsur Islam. Contohnya terdapat doa-doa dan bacaan AI-Qur' an digunakan dalam upacara berkenaan. Upacara atau perayaan yang diadakan di istana juga banyak menggunakan unsur Islam seperti bacaan doa.

f. Kedatangan Islam juga mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat tempatan. Masyarakat tempatan didedahkan dengan pendidikan Al-Qur'an. Sekolah-sekolah pondok banyak didirikan oleh alim ulama yang didatangkan khas dari Arab ataupun di sekitar Asia Tenggara. Mata pelajaran seperti tauhid, fekah, tajwid mula diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti sekolah pondok.
h. Dari aspek seni bina pula - terdapat pengaruh Islam seperti bangunan, mimbar, menara azan, batu nisan, tulisan khat dan sebagainya.
g. Tulisan Jawi mula diperkenalkan kepada masyarakat tempatan. Pelbagai buku telah ditulis dengan menggunakan tulisan jawi. Istilah-istilah dari bahasa Farsi dan Arab telah dibawa masuk ke dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu.
3. Pengaruh agama Islam dari segi Ekonomi.
a. Islam mengharamkan amalan riba dan sebarang bentuk penindasan dalam urusan jual beli di samping memperkenalkan konsep halal dan haram. Masyarakat tempatan bergiat dalam urusan perdagangan.

b. Peniaga-peniaga tempatan menggunakan sistem timbangan dan sukat yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa. Terdapat undang-undang yang berkaitan dengan hukum jual beli, hutang-piutang, sewa tanah dan hukum berhuma, berladang, berternak dan sebagainya. Contohnya Undang-undang Terengganu.

c. Amalan zakat dan fitrah menjadi sebahagian daripada amalan hidup seharian masyarakat tempatan di Tanah Melayu.

d. Penggunaan sistem mata wang dinar emas yang tercatat tulisan jawi yang mencatat nama sultan dan negeri.


C. KESIMPULAN

1. Agama Islam mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat tempatan di Tanah Melayu dari segi politik, sosial dan ekonomi.

2. Kedatangan penjajah British pada akhir abad ke-19 gagal mengubah akidah masyarakat tempatan tetapi dari aspek sosial dan ekonomi pengaruh Islam semakin terhapus.

No comments:

Post a Comment