Wednesday, July 21, 2010

BINCANGKAN PERKEMBANGAN PERUSAHAAN BIJIH TIMAH DI TANAH MELAYU SEHINGGA TAHUN 1941

Perlombongan bijih timah merupakan kegiatan ekonomi yang tertua di Tanah Melayu, iaitu sejak Kesultanan Melayu Melaka. Kegiatan perlombongan bijih timah telah berkembang dengan pesatnya setelah kehadiran penjajah dan pelabur Barat. Hal ini kerana kehadiran pihak Barat telah menguasai bidang perlombongan. Malahan Barat telah berjaya mewujudkan keamanan di Tanah Melayu. Kehadiran tenaga kerja imigran Cina dan keperluan bijih timah di pasaran antarabangsa menggalakkan permintaan yang tinggi terhadap galian tersebut. Perubahan kaedah perlombongan kepada cara moden, iaitu kapal korek telah berjaya memaksimumkan pengeluaran. Tanah Melayu telah menjadi pusat pengeluar bijih timah yang utama di dunia.
Sejak pertengahan abad ke-19, permintaan terhadap bijih timah telah meningkat, terutama di Eropah dan Amerika Syarikat. Hasil kemajuan teknologi peleburan timah telah meningkatkan penggunaan timah. Industri pengetinan telah meningkatkan penggunaan timah, contohnya tin untuk menyimpan makanan, minuman dan ubat-ubatan. Selain itu, peperangan di Eropah turut memerlukan bekalan timah untuk menghasilkan peluru. Dengan meningkatnya permintaan di pasaran dunia menyebabkan harga timah telah melambung tinggi. Oleh yang demikian, usaha untuk meningkatkan pengeluaran galian tersebut terus meningkat.

Peningkatan hasil perlombongan bijih di Tanah Melayu turut disebabkan oleh kemasukan tenaga buruh Cina yang murah dan mahir, terutama dalam kaedah pam kelikir, Dengan permintaan terhadap bijih timah di pasaran antarabangsa, British di Negeri-negeri Selat telah menggalakkan kemasukan orang Cina dari wilayah Kwangtung dan Fukien. Masalah kekurangan tenaga buruh telah dapat diatasi dengan kemasukan imigran Cina. Orang Cina turut memper­kenalkan roda air untuk mengatasi masalah banjir. Selain itu, terdapat juga kaedah lain yang diperkenalkan oleh pelombong Cina, iaitu menggunakan enjin wap untuk memaksimumkan pengeluaran dan mengelakkan banjir. Kehadiran orang Cina telah meningkatkan pengeluaran timah. Contohnya, pada tahun 1850 hanya 6500 tan bijih berjaya dilombong.lumlah tersebut telah meningkat menjadi 50 000 tan pada tahun 1904.

Kemasukan pemodal asing juga telah meningkatkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Beberapa syarikat perlombongan asing seperti British dan Perancis telah menjalankan kegiatan mencari bijih timah. Kehadiran syarikat-syarikat Eropah telah memperkenalkan cara baru dalam industri perlombongan. Selain itu, syarikat asing memiliki modal yang banyak untuk menjalankan usaha mencari gali. Hal ini menggalakkan kehadiran para pelabur asing secara langsung untuk memajukan sektor perlombongan di Tanah Melayu. Menjelang tahun 1937, syarikat-syarikat Eropah telah berjaya menguasai 2/3 daripada jumlah pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu.

Penggunaan kapal korek dalam perlombongan bijih timah telah menambahkan pengeluaran galian itu di Tanah Melayu. Kaedah tersebut berasal dari Australia. Kaedah ini mula digunakan di Tanah Melayu pada tahun 1912 oleh Syarikat Tin Dredging. Menjelang tahun 1929, terdapat kira-kira 105 buah kapal korek yang terdapat di Tanah Melayu. Kaedah penggunaan kapal korek lebih efesien kerana mampu mengeluarkan bijih yang banyak, selain dapat digunakan di kawasan yang berpaya. Penggunaan kapal korek membolehkan orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan, khususnya pembinaan jalan raya dan jalan kereta api meningkatkan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Dengan adanya jalan pengangkutan tersebut, kerja-kerja penghantaran bijih ke kilang mahupun ke pelabuhan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Hal ini terbukti dengan pembinaan jalan perhubungan awal yang menghubungkan kawasan perlombongan dengan pelabuhan. Contohnya, pada 1885, jalan kereta api telah dibina untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld. Kemudian Kuala Lumpur ke Klang pada tahun 1886, dan pada 1894 menghubungkan Ipoh dengan Teluk Anson. Pembinaan jalan pengangkutan di Tanah Melayu telah berjaya menjana perkembangan ekonomi, khususnya perlombongan bijih timah.

Penemuan kaedah melebur bijih timah yang lebih mudah telah menyebabkan perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Syarikat-syarikat telah menggunakan teknologi yang canggih untuk melebur timah. Mereka telah mendirikan kilang-kilang seperti di Singapura dan Butterworth. Antara syarikat yang menjalankan aktiviti melebur bijih ialah Straits Trading Company dan Syarikat Eastern Company. Syarikat yang terdapat di Tanah Melayu sememangnya pernah menjalankan aktiviti yang sama di negara lain seperti di Thailand, Indonesia, Myanmar dan sebagainya. Timah yang telah dilebur akan dijadikan jongkong timah dan lebih mudah untuk dieksport.

Di samping itu, peningkatan kegiatan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu disebabkan oleh campur tangan British secara langsung dalam kegiatan tersebut. Selain itu, British telah menjalankan dasar campur tangan dalam hal ehwal politik di Negeri-negeri Melayu. Dengan penglibatan British di Tanah Melayu, keamanan akan dapat diwujudkan. Hal ini kerana British telah membentuk pasukan polis bagi membendung kekacauan yang ditimbulkan oleh kongsi gelap Cina dan perang saudara di Tanah Melayu. Banyak perubahan yang dilaksanakan oleh British untuk menjaga kepentingan mereka, seperti penggubalan undang-undang yang dilaksanakan melalui pengenalan Sistem Residen di Tanah Melayu.
Kesimpulannya, kemajuan yang dicapai dalam sektor perlombongan bijih timah di Tanah Melayu telah meningkatkan ekonomi secara keseluruhannya. Tidak dapat dinafikan bahawa perlombongan bijih timah telah membangunkan Tanah Melayu. Kegiatan perlombongan bijih timah berkembang dengan pesat akibat daripada penglibatan para pelabur asing. Mereka telah mengeksport bijih timah ke Eropah untuk keperluan industri. Keperluan terhadap bijih timah dalam revolusi perindustrian di Eropah telah meningkatkan permintaan terhadap bahan galian tersebut. Teknologi perlombongan dan peleburan bijih timah telah meningkatkan pengeluaran galian tersebut. Pemodal asing telah memperkenalkan kaedah perlombongan yang lebih sistematik seperti kapal korek. Malahan penghijrahan orang Cina turut menjadi pemangkin ke arah peningkatan hasil keluaran bijih timah. Dengan ini, kemajuan ekonomi Tanah Melayu turut berkembang pesat pada abad ke-20.

BINCANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN MAHARAJA DI CHINA DAN JEPUN SEBELUM CAMPUR TANGAN BARAT

Pengenalan
pemerintahan yang diamalkan di negara China dan Jepun ialah sistem Maharaja. Maharaja dibantuu oleh pembesar atau Hulubalang. Kewujudan sistem maharaja di negara China dikatakan sejak zaman Dinasti Hsia. Terdapat perbezaan yang jelas dalam sistem Maharaja di negara China dan Jepun

B.Sistem Pemerintahan di China dan di-Jepun

(1) Sistem Pemerintahan di China:

Sistem pemerintahan yang wujud di Negara China ialah "Sistem Maharaja". Dalam sistem Maharaja seseorang Maharaja menduduki hierarki teratas dalam susunan masyarakat dan merupakan individu yang paling berkuasa dalam kerajaan. Dalam diri Maharaja: harus dilihat mempunyai kombinasi beberapa aspek antara falsafah Confucius dan kepercayaan masyarakat dengan perlakuan-perlakuan politik semasa.

1. Kedudukan politik seseorang Maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep "mandat daripada syurga". Konsep ini meletakkan mereka sebagai "wakil syurga" atau "anak syurga" dan ia memberi kuasa "spiritual" yang tidak terhingga kepada seseorang Maharaja. Oleh itu Maharaja akan mendapat penghormatan tertinggi daripada rakyat.

2. Mandat daripada syurga membawa maksud bahawa Tuhan telah menganugerahkan ke atas Maharaja tersebut satu kuasa untuk memerintah; tidak ada kuasa lain yang boleh mendakwa '_aginda atas segala tindakan baginda kecuali kuasa tersebut ditarik balik. Dalam hal ini, ajaran Confucius menyatakan bahawa "sesiapa yang berjaya mendapat mandat syurga akan berjaya menjadi Maharaja sementara sesiapa yang gagal akan dianggap penjenayah ".

3. Sebagai menhargai kuasa autokratik yang diberikan, maka Maharaja akan menentukan kehidupan rakyat berada dalam keadaan tenteram dan makmur.

Bencana alam atau kebuluran secara langsung menunjukkan bahawa Maharaja tidak lagi -nendapat mandat daripada syurga untuk memerintah dan baginda harus diganti dengan Maharaja yang lain. Dengan kata lain Maharaja ini harus digulingkan. Oleh yang demikian didapati sering _erdapat penggantian dinasti dalam masyarakat China. Keadaan ini tidak beriaku di Jepun.

5. Pada abad ke 19 beriaku gerakan dalaman di China. Ini beriaku kerana kebangkitan para pembesar wilayah yang mula mengumpulkan kekuatan dan akhirnya menyaingi kerajaan pusat. Contohnya pembesar-pembesar wilayah mula membebaskan diri daripada kerajaan pusat yang semakin lemah dan membentuk "kerajaan merdeka" yang tidak lagi terikat dengan kerajaan pusat berbeza dengan negara Jepun yang menyaksikan usaha-usaha mengembalikan kekuasaan serta kedudukan Maharaja yang sělama ini berada di bawah penguasaan golongan Shogun. Wujud perbeTaan yang ketara dalam institusi Maharaja Jepun berbanding dengan China.
6. Maharaja China pada abad ke-19 adalah lemah dan terlalu bergantung kepada pembesar dan pegawai-pegawai wilayah. Terdapat beberapa peringkat pembesar iaitu peringkat pusat, peringkat wilayah, daerah, dan kampung. Mereka mempunyai tugas masing-masing


7. Sebuah suruhanjaya telah dibentuk di China baagi membuat kajian tentang sistem pemerintahan berperlembagaan untuk dilaksallakan di China tetapi tidak berjaya.


(2) Sistem Pemerintahan di Jepun:

Pemerintahan di Jepun turut diketuai oleli maharaja. Baginda adalah "pemerintah keduniaan" dan "dunia kerohanian". Kuasa pemerintahan sebenarnya berada dalam tail-ail shogun yang memerintah atas nama maharaja. Sebaliknya Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai-pegawai istana. Keadaan in] berbeza dengan maharaja di negara China.


1. Pemerintahan Jepun bercorak tentera (sistem pemerintahan Bakufu), yakni kuasa dipegang oleh golongan Shogun. Maharaja masih dianggap sebagai ketua negara, kedudukan maharaja hanya sebagai maharaja tanpa kuasa pemerintahan. Kekuasaan sebenar kerajaan-kerajaan di Jepun berada di bawah para pembesar terutamanya golongan pahlawan (sliogun) keadaan ini berterusan sehingga 1867 apabila kuasa maharaja dipulihkan.

2. Pada abad ke-19 penghormatan terhadap shogun berkurangan sebaliknya penghormatan kepada maharaja semakin meningkat. Maharaja Meiji menjadi pemegang kuasa di Jepun dan ia menjadi asas kepada pengekalan institusi kemaharajaan di Jepun hingga kini. Maharaja kembali kepada kedudukannya yang sebenar.

3. Pemulihan kuasa yang berlaku sebenarnya tetap rneletakkan maharaja sebagai "penguasa kedua" selepas golongan pembesar. Maharaja menjadi simbol ketua negara. Kuasa politilc sebenar terletak di tangan beberapa orang pemimpin. Ini bermakna kuasa politik Jepun tidak berada di tangan maharaja sebagaimana yang disangkakan.

4. Pada tahun 1889 pemerintahan bercorak perlembagaan diperkenalkan. Ini memberi kesan besar kepada institusi kemaharajaan di Jepun kerana PerlenTGagaan Meiji antara lain menyatakan bahawa maharaja adalah pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Maharaja adalah suci dan mengatasi undang-undang, malah kedudukan maharaja adalah seolah-olah seperti Tuhan yang memegang segala kuasa. Secara praktikal, keunggulan kuasa baginda hanyalah daripada segi adat istiadat sahaja, tidak banyak menyentuh soal-soal dasar dalam pemerintahan.

5. Institusi pemerintahan bukan sekadar mengandungi maharaja yang berada di kemuncak hierarki sahaja, malah institusi ini turut disokong oleh institusi pembesar seperti Dainryo dan Samurai. Di Jepun, kedudukan pembesar sangat penting. Sesuatu kerajaan dan dinasti tidak akan bertahan lama tanpa sokongan pembesar. Mereka berperanan sebagal pelaksana pemerintahan.


C. Kesimpulan

Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara sistem pemerintahan di China dan Jepun. Di China, maharaja. mempunyai kuasa yang jelas. Manakala di Jepun pula walaupun mengamalkan sistem pemerintahan maharaja tetapi yang berkuasa ialah golongan pembesar. Pemerintahan bercorak maharaja berakhir di China setelali berlaku Revolusi 1911 tetapi di Jepun sistem pemerintahan maharaja wujud Ilingga sekarang.

Wednesday, July 14, 2010

Bincangkan peranan golongan pemerintah dalam institusi pemerintahan di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British

A. PENGENALAN.
1. Dalam konteks sebelum campur tangan British, golongan pemerintah merupakan, golongan terpenting dalam pemerintahan di Tanah Melayu kerana mereka berperanan melaksanakan dan melicinkan pentadbiran.
2. Golongan ini terdiri daripada Sultan atau Raja dan pembesar. Mereka mempunyai kuasa menurut fungsi dan peranan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.


B.ISI
1.Peranan Sultan atau Raja

Politik.
· Sultan menjadi ketua kerajaan dan bertanggungjawab melaksanakan semua aspek pentadbiran negeri.
· Baginda berperanan sebagai ketua dalam hal ehwal luar negeri dan berkuasa mengesahkan sesuatu persetiaan dengan kuasa-kuasa asing melalui cop mohor yang merupakan lambang kuasa sultan yang memerintah.
· Sultan bertanggungjawab mengekalkan keamanan dan kesejahteraan di dalam negeri dan berkuasa menjatuhkan hukuman jenayah.
· Baginda berkuasa melantik pembesar di peringkat pusat.

b. Ekonomi.
· Berkuasa mutlak dalam hal cukai dan percukaian.
· Berperanan sebagai pemodal dalam perdagangan dan ekspot barang-barang dagangan
tempatan dan bergiat cergas dalam aktiviti ekonomi perdagangan.
· Berkuasa mengeluarkan surat kebenaran membeli, menjual, dan memajak cukai kepada
pedagang.

c. Sosial.
· Sultan berperanan sebagai ketua angkatan tentera dan memelihara undang-undang dalam negeri untuk mengawal kesejahteraan rakyat.
· Berperanan sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
· Mengurniakan anugerah kepada rakyat yang berjasa kepada Sultan dan negeri.Berperanan mengesahkan sesuatu keputusan dalam Majlis Penasihat Raja.


2. Peranan Pembesar

a. Politik.
· Mentadbir kawasan-kawasan pegangan yang dianugerahkan oleh Sultan.
· Penasihat kepada Sultan dalam hal-hal pentadbiran melalui Majlis Penasihat Sultan.
· Berkuasa memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar seperti di Negeri Sembilan.
· Pembesar juga menjadi wakil Sultan atau utusan ke luar negara.
b. Ekonomi.
· Bertanggungjawab mernungut cukai di kawasan pemakanan masing-rnasing dan menyerahkan sebahagiannya kepada. Sultan.
· Berperanan mengurus hal ehwal perdagangan di seluruh kawasannya.
· Berkuasa menetapkan nilai timbangan dan sukatan di pasar-pasar di kawasannya.
· Bertanggungjawab menjagaa kebajikan, tempat tinggal dan gudang kepada para pedagang.
· Berperanan menyelia nilai mata wang.
· Menyediakan modal kepada peniaga-peniaga tempatan.

c. Sosial.
· Berperanan menjaga keamanan kawasan pegangan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangannya.
· Bertanggungjawab menjaga keadilan dan menjatuhkan hukuman ringan. Contohnya di
Negeri Sembilan, Lembaga berperanan menyelesaikan perselisihan antara suku.
· Berperanan menjadi perantaraan di antara Sultan dengan rakyat.
· Bertanggungjawab menyediakan tenaga kerja bagi tujuan membina ` istana baru,
panggung, pentas dan perhiasan istana.
· Berperanan menyediakan tentera kepada kerajaan semasa peperangan.
· Memastikan rakyat taat dan setia kepada Sultan.
· Bertanggungjawab melaksanakan istiadat menjunjung duli setiap sambutan perayaan Islam seperti Hari Raya Puasa.

3. Ulama dan Pendeta.
· Menjadi penasihat raja dan kerajaan dalam hal-hal tentang hokum syarak dan selok-belok
agama termasuklah mengeluarkan fatwa tentang isu-isu agama.
· Menjadi pakar rujuk dalam hal-hal kesusasteraan, keseniaan, kelbuda.yaan, aclat istiadat
dan salasilah raja-raja.

C. KESIMPULAN.

1. Peranan golongan pemerintah telah mengalami perubahan menjelang tahun 1874. British mula mengambil alih tugas-tugas Sultan dan pembesar. Sultan hanya berkuasa sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
Kuasa pemerintah dan pentadbir Melayu akhirnya diambil oleh pegawai-pegawai British yang membawa kepada kehilangan kuasa dan wibawa golongan pemerintah di Tanah Me layu.

JELASKAN FAKTOR-FAKTOR TERCETUSNYA PEMBERONTAKAN DAHAGI DI INDIA PADA TAHUN 1857 DAN PEMBERONTAKAN BOXER DI CHINA PADA TAHUN 1900

A. Pendahuluan

Pada tahun 1857 satu pemberontakan terbesar menentang pemerintahan British telah berlaku di India. Pemberontakan ini dikenali seba(yai Dahagi India dan merupakan pemberontakan tentera atau sepoi menentang pemerintahan di India. Pemberontakan ini merupakan permulaan tindak balas masyarakat India membebaskan neQara daripada cengkaman pentadbiran British. Manakala pemerontakan Boxer pula merupakan satu tindak balas orang Cina secara militan terhadap tekanan kuasa-kuasa asing terutama menyelamatkan negara China daripada pencerobohan asing, walaupun tujuan asal untuk menentang Dinasti Manchu.

B. Isi

i. Sebab-Sebab Tercetus Pemberontakan Dahagi di India 1857

1. Dasar pengilhakan Lord Dalhousie

- Proses penaklukan dan Undang:undang Lesap Waris yang dijalankan telah menyinggung perasaan orang India, khasnya pemerintah wilayah-wilayah. Lord Dalhousie telah mengilhakkan wilayah-wilayah di India tanpa mempertimbangkan perasaan orang India.
Juga telah mencabar kedaulatan pemerintah tempatan seperti Nawab dan Camatic dan Raja Tanjore. Tindakan Dalhousie menarik balik pembayaran• pencen Nana Sahib, anak angkat Baji Rao selepas kemangkatan beliau menyebabkan Nana Sahib begitu benci terhadap pihak British sehingga beliau sendiri memberi sokongan kepada Dahagi India.

2. Pentadbiran tidak stabil

- Inggeris menggantikan sistem pentadbiran lama dengan pentadbiran baru yang menyebabkan kesukaran masyarakat India menerima pentadbiran yang berlainan dengan sistem yang telah mereka alami sejak turun temurun.
-Perubahan dalam pentadbiran tanah tidak disukai oleh penduduk India. Suruhanjaya Inam yang dibentuk untuk menakaji pajakan tanah tanpa sewa telah menyebabkan Inggeris merampas 20,000 estet di Deccan. Perubahan dalam pentadbiran hasil tanah telah menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada para pemilik dan penyewa tanah.
-Di wilayah Oudh, Inggeris telah menghentikan bayaran kepada raja dan elaun serta pencen kepada pegawai-pegawai. Tentera raja dibubar mengakibatkan mereka kehilangan punca pencarian. Sikap angkuh pegawai -pegawai British dan sukar ditemui menyebabkan rakyat membenci British. -Pengenalan Undang-Undang British yang dianggap asing dan tidak difahami oleh rakyat serta Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kehakiman telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk India.
-Inggeris juga tidak memberi jawatan penting (tinggi) dalam perkhidmatan awam dan tentera kepada orang India. Oranb orang India tidak diberi apa-apa hak politik, menyebabkan semua lapisan masyarakat India menentang British.

3. Faktor Ekonomi

- Penindasan di dalam bidang perdagangan telah berlaku di Benggal sejak ia mula beroperasi. Perdagangan telah lama diinajukan tetapi sektor perkilangan India telah dimusnahkan dengan mengenakan cukai tarif yang tinggi di England bagi barang-barang India. Ini menyebabkan eksport kapas dan sutera India ke England terhenti tetapi pasaran India pula telah dibanjiri dengan barangan Inggeris. Ini menyebabkan industri perkilangan India lumpuh. -Industri-industri lain juga mengalami nasib yang sama, contohnya industri melebur besi lumpuh kerana pengimportan besi dan besi waja. Industri desa, iaitu penggabungan pertanian dan industri desa turut musnah. Keadaan ini menyebabkan pekerja-pekerja terlibat terpaksa menukar pekerjaan ke sektor pertanian.

-India beransur-ansur bertukar menjadi jajahan pertanian untuk kapitalisme Inggeris. Ini bermakna India membekalkan bahan-bahan mentah untuk pengilangan England dan rnembeli barangan siap buatan British.
4. Faktor sosial dan agama

Lord William Bentinck telah menghapuskan beberapa adat resam orang India seperti Suttee, Thugee, dan pembunuhan bayi perempuan..:Lord Dalhousie juga meluluskan undang-undang membenarkan balu-balu I-Iindu berkahwin semula.-Penghapusan amalan sosial ini menyinggung perasaan orang India lalu membangkitkan kebencian mereka. Orang India belum bersedia menerima pembaharuan Barat yang dianggap radikal itu. Mereka masih taat dan berpegang teguh kepada tradisi dan adat resam yang telah berakar umbi di, India itu. Bagi orang India, amalan tersebut merupakan warisan turun-temurun mereka

5. Ketidakpuasan hati golongan Sepoi.

Tentera Benggala yang terlibat dalam Dahagi berasal dan kaum Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi. Golongan ini tidak suka melakukan kerja berat dan berkhidmat di luar India.
-Perasaan tidak puas hati bertambah apabila Lord Canning meluluskan Akta Pengambilan Tentera Am Melalui akta ini seseorang sepoi boleh dihantar berkhidmat di mana-mana sahaja perkhidmatan mereka diperlukan. Apabila dihantar berkhidmat di kawasan jauh sepoi-sepoi ini tidak diberi elaun yang lebih. Sepoi-sepoi ini bimbang bahawa kedudukan dan kasta mereka tercemar jika mereka bekerja di luar India.
-Sepoi-sepoi ini juga tidak puas hati dengan dasar diskriminasi di antara mereka dan tentera British. Mereka diberi layanan buruk dan gaji lebih rendah Kenaikan pangkat dalam tentera adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya keupayaan dan kebolehan seseorang calon. Tambahan pula disiplin kurang memuaskan
-Pengenalan senapang Rifle Enfield menyemarakkan lagi kemarahan dan kebencian sepoi-sepoi. Hujung peluru senapang telah disapu dengan rninyak lembu dan babi. Sepoi Hindu dan Muslim menganggap tindakan ini satu muslihat British menentang kebudayaan mereka dan sebagai satu langkah mengkristiankan mereka.
-Penglibatan British dalam Perang Crimea memberi keyakinan kepada sepoi-sepoi bahawa mereka dapat mengusir orang British dari tanah air mereka dengan mudah


ii. Faktor-faktor Tercetus Pemberontakan Boxer di China 1900

1. Sentimen Anti-Asing

a. Tidak puas hati penduduk kerana sikap bongkak dan tamak orang-orang Barat.
b. Syarat-syarat Perjanjian Nanking dan Tientsin lebih memihak kepada kuasa Barat dan satu penghinaan terhadap orang China.
c. Sentimen memuncak apabila kuasa-kuasa Barat mendapat konsesi di China. Penduduk bimbang China akan dibahagi-bahagikan dalam kalangan kuasa Barat. Contoh Rusia mendapatkan wilayah
Sinkiang, Jerman mendapatkan wilayah Tsingtao, Perancis mendapat Teluk Kwang Chow dan Britain mendapat pelabuhan Wei Hai Wei.

2. Sokongan Kerajaan Manchu
a. Mendapat sokongan petani dan tuan-tuan tanah serta sarjana serta pembesar istana, contoh Maharani Dowegar Tzu Hsi, Putera Chuang, Putera Kang-I dan Gabenor Shangtung iaitu Li Peng Heng.
b. Pegawai-pegawai Manchu disingkirkan dari jawatan penting kerana tempat mereka digantikan dengan golongan terpelajar.
c. Maharani Dowager mengarahkari golongan tentera membantu pemberontakan Boxer.

3. Sentimen Anti-Kristian

a. Melalui Perjanjian Whangpao yang ditandatangani dengan Perancis dan Konvensyen Peking menyebabkan agama Kristian mendapat keistimewaan di China.
b. Agama Kristian bertentangan dengan falsafah tradisional China seperti Confucius, Budhisme dan Taoisme.
c. Orang-orang China Kristian sering bersikap sombong dan menyifatkan diri mereka lebih tinggi darjatnya daripada masyarakat China asal. ,
d. Kemarahan memuncak apabila golongan paderi campur tangan dalam pertikaian yang melibatkan orang-orang China Kristian.
e. Ini Uianggap keterlaluan kerana mencabar undang-undang dan kehakiman China.

4. Kemerosotart Ekonomi

a. Kedatangan kuasa Barat menyebabkan kemelesetan ekonomi yang serius. Perjanjian Nanking menyebabkan Barat menguasai pasaran kerana harga barang lebih murah dan berkualiti. b. Negara China menghadapi ketidakseimbangan perdagangan. China terpaksa bayar -anti rugi perang, ini menyebabkan masalah semakin kritikal. China juga terpaksa meminjam wang dari luar dan menggalakkan kemasukan pelabur asing. Walaupun ekonomi maju tetapi pasaran dikuasai penuh oleh orang-orang asing.
c. Pengenalan sistern pengangkutan moden seperti jalan keretapi dari Peking ke Hankow, jalan raya Grand Canal menghubungkan utara dan selatan dan pengenalan kapal wap telah menjejaskan pendapatan penduduk tempatan yang mengendalikan pengangkutan tradisional seperti kereta lembu, kereta kuda, tongkang dan sampan.

5. Bencana Alam

a. Bencana alam seperti kemarau dan banjir, menambah bebanan kepada rakyat. Contoh banjir sekitar Sungai Hwang Ho dan Sungai Yang-Tze. Menyebabkan kemusnahan kampung, tanaman dan binatang ternakan.
b. Sebahagian besar penduduk China mengalami kebuluran, kesengsaraan dan kemusnahan harta benda. Penderitaan ini meningkatkan kejadian rompakan ole}i kongsi-kongsi gelap. c. Penduduk C'iina menyalahkan semua ini kepada kehadiran kuasa Barat kerana berlaku kemusnahan tersebut. Menurut kepercayaan kuno China, bencana alam yang berlaku kerana kutukan Tuhan, disebabkan tempat kediaman mereka diceroboh oleh kuasa-kuasa Barat. Mereka juga percaya bahawa perlombongan dan pembinaan jalan telah menyinggung perasaan dewa dewi kerana telah menjejaskan keseimbangan Yin dan Yang. Untuk mengelakkan kejadian berulang, orang-orang asing perlu dihapuskan.


C. Kesimpulan

Gerakan Dahagi di India menemui kegagalan. Tetapi telah meninggalkan kesan mendalam terhadap pentadbiran British di India seterusnya. Begitu juga pemerontakan Boxer menemui kegagalan
disebabk;an oleh beberapa faktor dalaman di samping menerima tekanan kuasa asing yang cukup hebat.

Tuesday, July 13, 2010

SISTEM EKONOMI DI MYANMAR DAN VIETNAM SEBELUM CAMPUR TANGAN BARAT ADALAH BERSIFAT SARA DIRI. BINCANGKAN

A. PENGENALAN

Sebelum campur tangan Barat, kedua-dua buah negara menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dan komersil. Kedua-dua negara, Burma (Myanmar) dan Vietnam dijajah oleh kuasa Barat yang berbeza, Myanmar oleh British; manakala Vietnam oleh Perancis. Penguasaan British di Myanmar berperingkat-peringkat; pada tahun 1826-1886. Perancis pula melancarkan serangan pada tahun 1826­-1886 ke atas Vietnam. Seterusnya menduduki 3 wilayah di Cochin-China selepas perjanjian dengan Maharaja Tu Duc pada 5 Jun 1862.

B. ISI

Myanmar:

1. Ekonomi Myanmar bergantung kepada tanah dan perdagangan.Myanmar menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri seperti padi, minyak, sayur, sekoi, garam, periuk belanga dan alat senjata. Tanaman di Hulu Myanmar seperti sekoi, kapas, dan kacang. Pertanian ini berbentuk sara diri. Petani di kawasan hulu menjalankan tanaman campur.

Kawasan Delta Irrawady menjadi pusat tanaman padi. Walaupun begitu, tanaman padi berkurangan kerana kawasan ini seringkali berlaku perang. Pada pertengahan kurun ke-19, Raja Myanmar melarang mengeksport padi kerana Myanmar menghadapi kekurangan beras. Padi ini dikehendaki untuk bekalan kawasan Hulu Myanmar. Selain itu, kawasan delta in] juga menghasilkan ikan dan garam.

3. Jalan perhubungan pula melalui sungai, laut, dan jalan darat. Jalan darat menggunakan kereta lembu. Sungai Irrawady menjadi nadi utama penghubungan Hilir Myanmar dengan Hulu Myanmar. Ketika musim hujan, paras air sungai tinggi; ramai pedagang mengambil kesempatan membawa barang dagangan dengan sampan dari kehulu Myanmar. Di antara barangan yang dibawa ialah ikan kering garam,sambal ikan dan beras. Ketika pulang ke hilir, mereka membawa pulang hasil kawasan hulu; di antaranya minyak masak, kapas, gula dan petroleum mentah untuk dijual.

4. Barangan dagangan dari Shan pula dibawa dengan kereta lembu atau kuda. Baranb barang tersebut ialah guia, plumbum, kacang tanah, lembu, dan ikan. Barangan ini ditukarkan dengan ikan kering, garam, sambal ikan, dan pinang. Seterusnya di kawasan utara berhampiran Bhoma; barangan China dibawa masuk. Antara barangan tersebut ialah sutera, kertas, teh, kacang kering dan berbagai buah-buahan.

5. Raja mempunyai monopoli ke atas perniagaan kayu jati, batu permata, petroleum _ dan kapas. Mengikut satu laporan, Raja Bodawpaya hanya mengambil monopoli ke atas batu permata, jenis delima yang besar sahaja.

6. Ceti memberi pinjaman wang kepada petani yang memerlukan. Kadar faedah yang dikenakan di antara 3-10 peratus sebulan. Walaupun begitu, pada awal kurun ke-19, jarang berlaku petani kehilangan tanah yang disandarkan.

7. Ketika pemerintahan Raja Mintayagyi (Bodowpaya 1782-1819) menggunakan undang-undang dalam perniagaan awam. Raja Mindon Min (1853-1878), mengenakan cukai keluarga dan cukai pertanian. Cukai keluarga (atau thathameda) ini hitung panjangnya 3 tikal seisi rumah. Namun begitu, pengecualian diberikan kepada seorang yang telah menjalankan kerja raja. Cukai pertanian pula dikenakan ke atas beras, kerbau yang membajak, tembakau, pinang, ikan dan garam. Raja Mindon masih mengekalkan monopoli raja seperti kayu balak, plumbum, kapas, kayu delima dan petroleum.

8. Raja Mindon juga menggalakkan pembinaan kilang dan mengusahakan perlombongan. Kilang papan, kapas, percetakan, dan pembinaan kapal yang diusahakan gagal. Manakala perlombongan seperti arang batu dan besi diteruskan. Duit syiling yang diperkenalkan oleh Raja Mindon juga gagal. Raja Mindon digantikan oleh Raja Thibaw (1878-1885).


Vietnam:

1. Sebelum campur tangan barat, ekonomi Vietnam bergantung kepada pertanian dan sedikit perdagangan tanaman utama padi. Selain itu, Vietnam juga mengusahakan tanaman ubi keledek, jagung, kacang dan buah-buahan.
2. Dalam mengusahakan pertanian, Vietnam menggunakan sistem tali air. Melalui tali air ini, mereka boleh mengalirkan kawasan tanah kering dan seterusnya boleh mengusahakan pertanian. Di Vietnam Utara mereka mengusahakan tanaman padi dua kali setahun.
3. Penguasaan padi di Delta Mekong berbeza dengan Vietnam Utara. Sistem tali airnya tidak sebaik Vietnam Utara. Oleh itu, mereka bergantung kepada musim hujan. Selain itu, sistem kawal banjir juga lebih rendah mutunya berbanding dengan Vietnam Utara. Oleh sebab itu, petani menjalankan tanaman padi setahun sekali di Delta Mekong.
Petani yang menyewa tanah untuk menjalankan pertanian, lazimnya ditindas oleh tuan tanah. Hasil tanaman tiap-tiap kampung kebanyakkannya hanya secukup makan. Dalam pada itu ada juga yang menjalankan perusalzaan tembikar, tenunan, menganyam dan bertukang.
5. Masyarakat Vietnam menjalankan kegiatan menanglKegiatan ekonomi komersil pula tertumpu kepada kegiatan perlombongan dan perdagangan yang dimonopoli oleh pemerintah seperti emas, perak dan batu zamrud.
7. Pedagang-pedagang Cina juga bermainat berdagang dengan Vietnam untuk mendapatkan perak. Pertukaran barangan berlaku antara penduduk di kawasan dataran rendah dengan dataran tinggi seperti kayu, buluh untuk ditukarkan dengan ikan kering, garam, dan lime.

C. Kesimpulan
· Kedua-dua negara, Myanmar dan Vietnam menjalankan pertanian dan kegiatan perniagaan sebelum kedatangan kuasa Barat.

HURAIKAN KEPENTINGAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN 1896 DARI SEGI POLITIK DAN EKONOMI

Pengenalan
- Tujuan Persekutuan dibentuk ialah untuk mengawal kuasa residen di keempat-empat buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang.
- Selain itu penubuhan Persekutuan juga bertujuan menyeragamkan pentadbiran di kempat­empat negeri berkenaan.
-Memberi bantuan kewangan kepada Pahang.

Isi
Syarat-syarat Perjanjian Persekutuan 1896

-Sultan-sultan menerima nasihat daripada residen jeneral dalam semua hal kecuali dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
-Negeri-negeri Melayu terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang. Jawatan residen jeneral dibentuk.
-Pembentukan jabatan jabatan pusat seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Hutan, dan Jabatan Kehakiman. Antara ketua-ketua jabatan yang dilantik ialah Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Polis, dan Pengarah Jabatan Kerja Raya.

Kepentingan Persekutuan dari segi ekonomi
-Kestabilan politik meyakinkan pemodal-pemodal Eropah dan saudagar-saudagar Cina dari Negeri-Negeri Selat untuk melabur di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
-Perusahaan bijih timah dan getah berkembang pesat. Tanah Melayu muncul sebagai pengeluar terbesar getah dan bijih timah dunia.
-Kemudahan infrastruktur dan sisteni perhubungan bertambah maju.
-Pendapatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu meningkat.
-Perkembangan ekonomi membawa kepada pertambahan penduduk yang pesat ekoran kemasukan golongan imigran India dan China.
-Munculnya bandar-bandar baru seperti seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban, danAmpang. --Perkhidmatan sosial seperti pendidikan dan kesihatan turut disediakan. Kepentingan

Persekutuan dari segi politik
-Pembentukan Persekuhian 1896 menyebabkan raja-raja Melayu dan Majlis Mesyuarat Negeri di keempat-empat negeri kehilangan kuasa pentadbiran kerana kuasa dimiliki sepenuhnya oleh residen jeneral.
-Persekutuan merintis kepada penyatuan negeri-negeri Melayu.
-Ekoran rasa tidak puas hati di kalangan raja-raja Melayu terhadap Persekutuan, Durbar atau --Majlis Raja-Raja Melayu dibentuk.
-Ketidakpuasan hati raja-raja Melayu juga membawa kepada pelaksanaan dasar pengagihan kuasa. Dasar ini bertujuan mengembalikan sesetengah kuasa kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

Kesimpulan
Kemajuan dalam bidang ekonomi nampak ketara ekoran penubuhan Persekutuan 1896. Walau bagaimanapun pembangunan yang berlaku tidak menyeluruh di semua kawasan, tetapi hanya ditumpukan di kawasan-kawasan yang ada kepentingan dengan pihak penjajah British. Dari segi politik, Persekutuan 1896 merupakan langkah awal ke arah penyatuan negeri-negeri Melayu.

HURAIKAN KESAN-KESAN PENDUDUKAN JEPUN TERHADAP PERKEMBANGAN NASIONALISME MASYARAI{AT TEMPATAN DI ASIA TENGGARA PADA ABAD KE 20

PENGENALAN

Pendudukan Jepun di Asia Tenggara selama 3 1/2 tahun telah berjalan dengan pelbagai dasar yang memeritkan penduduk tempatan. Ternyata pengalaman diperintah oleh pentadbiran Jepun telah berjaya menanam dan membangkitkan semangat nasionalisme dikalangan penduduk di Asia Tenggara. Antara
faktor yang menyumbang kearah kebangkitan nasionalisme ini ialah pengalaman mentadbir Negara sendiri, dasar sederhana Jepun, jatuhnya imej Barat, pembebasan tahanan politik dan pelbagai faktor lain yang turut membantu kebangkitan semangat nasionalisme penduduk tempatan.

ISI

PENGALAMAN PENTADBIRAN
Semasa pendudukan Jepun, penduduk tempatan telah diambil dan diberi peluang untuk mengisi kekosongan jawatan bagi mentadbir sama ada dalam bidang pentadbiran mahu pun teknikal. Keadaan ini secara langsung telah menambah keyakinan dikatangan penduduk tempatan untuk memerintah Negara mereka sendiri pada suatu hari nanti. Contohnya di Indonesia dan Burma ramai golongan pelajar telah diberi peluang untuk bersama-sama dengan pemerintah tentera Jepun menguruskan pentadbiran Negara mereka sendiri.


PERTUBUHAN BERSIFAT POLITIK DI BENARKAN
Semasa pendudukan Jepun, gerakan bersifat politik telah dibenarkan. Keadaan ini telah memberi peluang kepada golongan nasionalis tempatan berpura-pura bekerjasama dengan Jepun dengan memperalatkan Pertubuhan-pertubuhan tersebut.
Di Indonesia, beberapa pertubuhan seperti PUTERA, PETA dan JAWA HOKOKAI telah digunakan untuk menyemarakkan kegiatan nasionalis dengan membangkitkan perasaan anti Jepun dan anti­imperialis. Ternyata mereka berjaya apabila mendapati PETA telah menjadi sumber kekuatan tentera Indonesia semasa berperang dengan Belanda selepas kekalahan Jepun.

PEMBEBASAN TAHANAN
Tindakan pentadbiran Jepun yang membebaskan tahanan politik semasa penguasan barat telah memberi harapan baru kepada tokoh-tokoh tempatan yang dipenjarakan. Malah, mereka telah diberi kebenaran untuk berpolitik. Keadaan ini telah memberi peluang kepada mereka untuk bangkit semula. Contohnya di Vietnam beberapa orang tokoh tempatan yang dipenjarakan telah dibebaskan seperti Caio Dai dan Hua Hau. Manakala di Burma, Aung San dan rakan-rakannya telah dibebaskan. Begitu juga di Indonesia, beberapa orang tokoh yang dipenjarakan semasa pentadbiran Belanda telah dibebaskan. Mereka terdiri daripada Sukarno, Hatta dan Sutan Syahrir. Pembebasan mereka bermakna perjuangan bagi menuntut kemerdekaan telah bernafas semula.


JATUHNYA IMEJ BARAT

Kebangkitan dan kejayaan tentera Jepun menguasai Asia Tenggara dalam jangka waktu yang singkat telah secara langsung menjatuhkan imej Belanda dikalangan rakyat Indonesia, British di Burma, Perancis di Indo China dan Sepanyol di Filipina.

Pada tanggapan penduduk tempatan orang-orang timer sebenamya jauh lebih hebat dan kuat berbanding bangsa Eropah yang telah sekian lama menjajah mereka. Justeru itulah perjuangan menuntut kemerdekaan semakin bersemangat selepas tentera Jepun berundur dari Asia Tenggara pada tahun 1945.

KESENGSARAAN HIDUP SEMASA PENDUDUKAN JEPUN

Sepanjang 31/2 tahun pendudukan Jepun di Asia Tenggara keseluruhan kawasan mengalami kemelesetan ekonomi. Peningkatan harga barang yang berterusan dengan kadar inflasi yang terlalu tinggi telah menyukarkan lagi kehidupan rakyat. Contohnya di Thailand, Burma dan Vietnam kekurangan barang makanan pada tahun 1943 telah mengakibatkan harga barangan meningkat sehingga 39 kali ganda. Keadaan ini tentunya memeritkan golongan bawahan yang bekega sebagai petani.

Seluruh rakyat dan negara terus terbeban apabila Jepun meningkatkan lagi eksploitasi sumber kekayaan negara dengan mengaut Seluruh sumber ke negara mereka. Misalnya di Indonesia dan Burma semua hasil pertanian dan perlombongan telah diangkut ke negara Jepun.

Segala penderitaan dan kesengsaraan rakyat sepanjang pendudukan Jepun telah menyedarkan rakyat bahawa mereka tidak lagi mahu dijajah selepas pengunduran Jepun dari negara mereka.
PROPAGANDA JEPUN
Bagi menjamin dan mengekalkan penguasaan Jepun ke atas Asia Tenggara, mereka menyebarkan pelbagai propaganda contohnya di Indonesia rakyat telah diperkenalkan slogan `Jepang Indonesia Sama-sama atau Jepang Saudara Tua'.Manakala di Filipina rakyat telah di tanam dengan slogan `Asia Untuk Asia', 'Filipina Untuk Orang Filipina' dan `Asia Adalah Satu'.
Melalui slogan-slogan ini walau pun is merupakan propaganda tapi telah menyedarkan rakyat tempatan bahawa mereka tidak patut dijajah lagi setelah pengunduran Jepun dari tanah air nanti.
JANJI JEPUN UNTUK MEMBERI KEMERDEKAAN
Jepun sedar bahawa mereka tidak akan kekal lama di Bumi Asia Tenggara justeru bagi memikat hati penduduk tempatan Jepun telah berjanji akan memberi kemerdekaan suatu hari nanti. Di Indonesia misalnya Perdana Menteri Jepun telah berjanji akan memberi kemerdekaan. Bagi tujuan itu satu Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan Indonesia yang dipengerusikan oleh Sukarno telah ditubuhkan. Janji Jepun, kemerdekaan akan diberi kepada rakyat Indonesia selewat-lewahrya pada 7 Sept 1945.

Manakala di Burma beberapa pemimpin seperti Dr. Ba Mao, Thakin Mya, dan Thakin Aung San telah di jemput keTolryo bagi membincangkan mengenai kemerdekaan Burma. Begitu juga di Filipina, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Preparatory Commission For Philippina Indepandence telah ditubuhkan bagi mengkaii perlembagaan sehinggalah Filipina diberi kemerdekaan pada 14 Okt 1943 oleh Jepun. Daripada peristiwa-peristiwa inilah kebanyakkan pemimpin tempatan beranggapan bahawa mereka telah berada diambang kemerdekaan dan tidak wajar lagi dijajah selepas pengunduran Jepun dari tanah air mereka.

KESIMPULAN

Ternyata pendudukan Jepun di Asia Tenggara selama 31/2 tahun telah mendatangkan pelbagai implikasi kepada sistem politik, sosial dan ekonomi masyarakat tempatan. Namun, pendudukan Jepun juga sebenamya telah berjaya menanam dan seterusnya membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan. Pengunduran Jepun dari Asia Tenggara pada Sept 1945 telah diikuti dengan perjuangan menuntut kemerdekaan oleh masyarakat tempatan sehinggalah mencapai kemerdekaan yang sebenarnya.