A. PENGENALAN
1. Agama Islam merupakan agama yang menjadi anutan masyarakat Melayu di Tanah Melayu sejak abad ke-15.
2. Sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu, masyarakat di Tanah Melayu menganut agama Hindu dan Buddha. Islam telah berjaya mengubah masyarakat Melayu dari aspek politik, sosial dan ekonomi.
B. ISI
1. Pengaruh Agama Islam kepada Masyarakat Melayu dari segi Politik
a. Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem pemerintahan yang berasaskan agama Islam. Gelaran raja telah ditukar dengan gelaran Sultan yang bermaksud Sultan adalah khalifah Allah di muka bumi. Sultan adalah pelindung kepada agama Islam dan ketua agama Islam.
b. Dalam pentadbiran, sultan menggunapakai sistem pentadbiran yang berteraskan AlQur'an dan hadis. Sultan mendapat nasihat daripada pemimpin agama yang berperanan meniberi nasihat kepada Sultan dalam hal yang berkaitan dengan hukum syarak mazhab Shafie. Mereka adalah terdiri daripada Maharaja Kadi, Dato Mufti dan sebagainya. Di Terengganu menggunakan gelaran Tokku.
c. Dalam bidang perundangan, negeri-negeri Melayu menggunakan sistem perundangan Islam berasaskan hukum syarak mazhab Syafie yang terdapat di Perak, Johor, Terengganu. Hukum syarak yang digunakan termasuklah undang-undang jenayah, undang-undang muamalat. Contohnya Undang-undang Terengganu yang melaksanakan undang=undang syarak.
d. Dalam pertabalan sultan terdapat upacara menjunjung Al-Qur'an yang memberi signifikan yang besar kepada pemerintahan sultan di negeri-negerinya. Sultan wajib memerintah dengan adil dan saksama.
e. Sistem penggantian sultan yang mengutamakan kaum lelaki menjadi Sultan. Upacara pertabalan pengganti Sultan dilakukan sebelum almarhum dimakamkan.
f. Dalam melaksanakan pemerintahan, Sultan banyak merujuk kepada ulama-ulama dalam hal yang berkaitan hukum-hakam Islam.
2. Pengaruh Agama Islam dari segi Sosial
a. Islam membawa perubahan yang besar dari segi akidah iaitu konsep Allah Yang Maha Esa dan konsep ibadat yang lebih luas.
b. Islam membawa fahaman akliah atau rasional. Islam mengubah cara berfikir masyarakat Melayu daripada tahyul kepada bercorak akliah.
c. Kedatangan Islam juga mengubah pandangan masyarakat tempatan daripada tokoh agama Hindu seperti sami, ahli sihir, bomoh kepada tokoh-tokoh dan alim ulama Islam.
d. Adat dan undang-undang tempatan juga telah disesuaikan dengan ajaran Islam dan hukum syarak. Adat Perpatih dan Adat Temenggong yang diamalkan oleh masyarakat tempatan menggunakan sumber dari Al-Qur'an dan Hadis di samping berpandukan sumber hukum dari mazhab Shafie.
e. Amalan harian yang dilakukan oleh masyarakat tempatan juga telah diubahsuai dengan unsur-unsur Islam. Contohnya terdapat doa-doa dan bacaan AI-Qur' an digunakan dalam upacara berkenaan. Upacara atau perayaan yang diadakan di istana juga banyak menggunakan unsur Islam seperti bacaan doa.
f. Kedatangan Islam juga mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat tempatan. Masyarakat tempatan didedahkan dengan pendidikan Al-Qur'an. Sekolah-sekolah pondok banyak didirikan oleh alim ulama yang didatangkan khas dari Arab ataupun di sekitar Asia Tenggara. Mata pelajaran seperti tauhid, fekah, tajwid mula diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti sekolah pondok.
h. Dari aspek seni bina pula - terdapat pengaruh Islam seperti bangunan, mimbar, menara azan, batu nisan, tulisan khat dan sebagainya.
g. Tulisan Jawi mula diperkenalkan kepada masyarakat tempatan. Pelbagai buku telah ditulis dengan menggunakan tulisan jawi. Istilah-istilah dari bahasa Farsi dan Arab telah dibawa masuk ke dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu.
3. Pengaruh agama Islam dari segi Ekonomi.
a. Islam mengharamkan amalan riba dan sebarang bentuk penindasan dalam urusan jual beli di samping memperkenalkan konsep halal dan haram. Masyarakat tempatan bergiat dalam urusan perdagangan.
b. Peniaga-peniaga tempatan menggunakan sistem timbangan dan sukat yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa. Terdapat undang-undang yang berkaitan dengan hukum jual beli, hutang-piutang, sewa tanah dan hukum berhuma, berladang, berternak dan sebagainya. Contohnya Undang-undang Terengganu.
c. Amalan zakat dan fitrah menjadi sebahagian daripada amalan hidup seharian masyarakat tempatan di Tanah Melayu.
d. Penggunaan sistem mata wang dinar emas yang tercatat tulisan jawi yang mencatat nama sultan dan negeri.
C. KESIMPULAN
1. Agama Islam mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat tempatan di Tanah Melayu dari segi politik, sosial dan ekonomi.
2. Kedatangan penjajah British pada akhir abad ke-19 gagal mengubah akidah masyarakat tempatan tetapi dari aspek sosial dan ekonomi pengaruh Islam semakin terhapus.
Sunday, April 25, 2010
Saturday, April 24, 2010
BINCANGKAN KESAN POLITIK DAN EKONOMI TERHADAP PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1896
Pendahuluan
-Selepas perjanjian Pangkor 1874, British telah campur tangan secara langsung - memperkenalkan sistem Residen
-Terdapat banyak kelemahan dalam sistem Residen (sebutkan 1, 2 contoh) - mencetuskan satu sistem pentadbiran baru - Persekutuan 1896
-Menggabungkan keempat-empat buah negeri - Perak, Selangor, NS dan Pahang - diletakkan di bawah satu pentadbiran beribu pejabat di K. Lumpur
-Telah membawa pelbagai kesan terutama dari segi politik dan ekonomi
Isi-isi Penting
A. Kesan Politik
1. Kuasa pentadbiran diletakkan dibawah Residen Jeneral (RJ) berpusat di KL
2.RJ bertanggung jawab kepada Pesuruh Jaya Tinggi iaitu Gabenor negeri2 Selat
3. Tiada pengagihan kuasa pentadbiran antara negeri2 dan kerajaan pusat
4. Pembesar semakin hilang kuasa- lebih ramai pegawai British berkhidmat di Jabatan Persekutuan
5. Raja di keempat-empat buah negeri mendapati kuasa mereka semakin hilang
6. Residen dan MMN semakin kehilangan kuasa
6. Durbar (Persidangan Raja-raja) di perkenalkan - melalui Durbar kali ke II 1903, Sultan Idris melahirkan rasa tak puas hati terhadap pemusatan kuasa di tgn RJ
B. Kesan Ekonomi
1. Persekutuan 1896 telah merintis jalan ke arah kepesatan ekonomi NNM
2. Keadaan politik yg semakin stabil telah banyak menarik para pelabur Eropah
3. Buktinya peningkatan kemajuan dalam perusahaan bijih timah dan getah atas penglibatan pelabur asing
4. Kesanya, peningkatan ekonomi NNMB akibat dari perusahan getah dan bijih timah tersebut
5. Bandar-bandar baru dan penenpatan-penempatan baru dibina bagi menampung penduduk yg semakin bertambah
6. Infrastruktur seperti jalan raya dan jalan keretapi dibina bagi memudahkan aktiviti perdagangan/pengekspotan
7. Sistem pos dan telegraf semakin berkembang
8. Menyeimbangkan ekonomi antara NNMB
Penutup
-Persekutuan 1896 telah menjadikan kuasa raja-raja Melayu semakin hilang kerana berlaku pemusatan kuasa di tangan RJ
-Suasana politik menjadi semakin stabil
-Dari sudut ekonomi, Persekutuan 1896 telah berjaya meningkatkan ekonomi NNMB- Walau bagaimanapun iannya telah banyak dinikmati oleh orang asing
- Persekutuan 1896 juga telah menjadi perintis kpd pembentukan kesatuan politik yg lebih baik iaitu Persekutuan 1948

Subscribe to:
Posts (Atom)